ANALISIS KETIDAKSAMAAN JANTINA DAN PERTUMBUHAN EKONOMI DI MALAYSIA
Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research · 15.04.2026 · 8 (1) · 77-97
DOI: 10.46754/umtjur.2026.04.007 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research, online erschienen am 15.04.2026. Verfasst von FATIN FARHANA NAJWA ZULKIFLI und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 53 Literaturangaben. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-SA 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini meneliti kesan jangka panjang dan jangka pendek ketidaksamaan jantina terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia bagi tempoh 1990 hingga 2023. Walaupun akses pendidikan wanita semakin baik, penyertaan tenaga buruh wanita masih jauh lebih rendah berbanding lelaki, dan jurang pendapatan kekal ketara, sekali gus menimbulkan implikasi terhadap pembangunan ekonomi negara. Dalam kajian ini, Indeks Ketidaksamaan Jantina (GII) dibentuk sebagai suatu indeks komposit yang berasaskan kadar enrolmen pendidikan wanita serta kadar penyertaan dalam pasaran buruh. Model Autoregressive Distributed Lag (ARDL) digunakan bagi menilai hubungan antara GII dengan pertumbuhan ekonomi, berserta dengan pemboleh ubah kawalan seperti pelaburan langsung asing (FDI), keterbukaan perdagangan, kadar pertukaran efektif sebenar (REER), inflasi (INF), dan pembentukan modal kasar (GCF). Hasil kajian menunjukkan bahawa GII memberikan kesan negatif yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang. Bagi jangka panjang, GCF, keterbukaan perdagangan, dan inflasi menunjukkan kesan positif yang signifikan terhadap pertumbuhan, manakala REER memberikan kesan negatif. Dalam jangka pendek, hanya REER dan inflasi menunjukkan kesan yang signifikan. Nilai pekali pembetulan ralat (ECT) yang negatif dan signifikan mengesahkan wujudnya keseimbangan jangka panjang dalam model. Berdasarkan penemuan ini, kajian mencadangkan agar dasar awam memberi tumpuan kepada pengurangan jurang penyertaan tenaga buruh antara lelaki dengan wanita melalui peningkatan akses kepada peluang pekerjaan, penguatkuasaan gaji setara, dan sokongan institusi terhadap penglibatan ekonomi wanita di Malaysia. This study examines the long-term and short-term effects of gender inequality on economic growth in Malaysia for the period 1990 to 2023. Although women’s access to education has improved, female labour force participation remains far lower than men and the income gap is still significant, thereby having implications for the country’s economic development. In this study, the Gender Inequality Index (GII) is constructed as a composite index based on female education enrollment rates and labour market participation rates. The Autoregressive Distributed Lag (ARDL) model is used to assess the relationship between GII and economic growth along with control variables such as Foreign Direct Investment (FDI), trade openness, Real Effective Exchange Rate (REER), inflation (INF), and Gross Capital Formation (GCF). The study’s results indicate that GII has a significant negative effect on economic growth in the long term. In the long term, GCF, trade openness, and inflation show significant positive effects on growth, while REER has a negative effect. In the short term, only REER and inflation have significant effects. The negative and significant Error Correction Term (ECT) coefficient confirms the existence of long-term equilibrium in the model. Based on these findings, the study recommends that public policy focus on reducing the labour force participation gap between men and women through increased access to employment opportunities, enforcement of equal pay, and institutional support for women’s economic engagement in Malaysia.
Zitieren
APA
ZULKIFLI, F. F. N., & NAWAWI, M. N. (2026). ANALISIS KETIDAKSAMAAN JANTINA DAN PERTUMBUHAN EKONOMI DI MALAYSIA. Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research, 8(1), 77-97. https://doi.org/10.46754/umtjur.2026.04.007
Vancouver
ZULKIFLI FFN, NAWAWI MN. ANALISIS KETIDAKSAMAAN JANTINA DAN PERTUMBUHAN EKONOMI DI MALAYSIA. Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research. 2026;8(1):77-97. doi:10.46754/umtjur.2026.04.007
BibTeX
@article{ZULKIFLI2026,
author = {ZULKIFLI, FATIN FARHANA NAJWA and NAWAWI, MOHD NASIR},
title = {ANALISIS KETIDAKSAMAAN JANTINA DAN PERTUMBUHAN EKONOMI DI MALAYSIA},
journal = {Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research},
year = {2026},
volume = {8},
number = {1},
pages = {77--97},
doi = {10.46754/umtjur.2026.04.007}
}
EUVIMED