MENGUPAYAKAN PEMIKIRAN ARAS TINGGI: MENYEJAHTERAKAN MASYARAKAT MADANI
Journal of Business and Social Development · 2020
DOI: 10.46754/jbsd.2020.09.008 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Business and Social Development, 2020. Verfasst von NOOR ROHANA MANSOR.
Abstract (Originalsprache)
Masyarakat Madani Mengangkat Martabat Ummah memperlihatkan pernyataan tema yang sarat dengan maksud yang indah untuk dislogankan namun perlukan tindakan yang wajar untuk direalisasikan. Apatah lagi dalam keunikan masyarakat Malaysia yang mempamerkan kepelbagaian kaum, budaya dan agama, masih hidup dalam suasana harmoni. Namun, sejauh manakah Malaysia telah mencapai pembentukan sebuah masyarakat madani? Madani yang diertikan sebagai masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan serta beradab dan menyanjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan. Menggarap pengertian ini memerlukan kekuatan dari akar umbi – individu, keluarga dan kumpulan yang membentuk masyarakat keseluruhannya. Pastinya kepelbagaian fokus dan aspek perlu diberi perhatian serius bagi merealisasikannya. Antaranya ialah agenda transformasi pendidikan negara dengan penekanan utama untuk mengembangkan potensi pemikiran aras tinggi pelajar perlu diupayakan dalam kalangan setiap individu yang menjadi elemen asas mencipta masyarakat madani. Matlamatnya untuk melahirkan generasi yang berupaya untuk mengurus tadbir akal dan fikiran dalam menangani pelbagai cabaran kehidupan dengan berkesan. Justeru, kertas kerja ini mengupas dan merungkaikan Model Kerangka Asas Berfikir yang telah diresolusikan untuk membudayakan pemikiran aras tinggi hasil daripada penyelidikan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dan merentas kurikulum pendidikan penggunaannya. Upaya untuk merealisasikan pemikiran aras tinggi pelajar dari akar umbi dalam pendidikan baik di peringkat rendah, menengah mahupun pengajian tinggi, model ini wajar difahami dan dihayati serta dipraktiskan dan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penghayatan ilmu dan penguasaan kemahiran pemikiran aras tinggi dalam kalangan individu menjadi pemangkin ke arah pembentukan masyarakat madani yang maju, berkat dan sejahtera dalam mengangkat martabat ummah.
Zitieren
APA
MANSOR, N. R. (2020). MENGUPAYAKAN PEMIKIRAN ARAS TINGGI: MENYEJAHTERAKAN MASYARAKAT MADANI. Journal of Business and Social Development. https://doi.org/10.46754/jbsd.2020.09.008
Vancouver
MANSOR NR. MENGUPAYAKAN PEMIKIRAN ARAS TINGGI: MENYEJAHTERAKAN MASYARAKAT MADANI. Journal of Business and Social Development. 2020. doi:10.46754/jbsd.2020.09.008
BibTeX
@article{MANSOR2020,
author = {MANSOR, NOOR ROHANA},
title = {MENGUPAYAKAN PEMIKIRAN ARAS TINGGI: MENYEJAHTERAKAN MASYARAKAT MADANI},
journal = {Journal of Business and Social Development},
year = {2020},
doi = {10.46754/jbsd.2020.09.008}
}
EUVIMED