EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

KESANTUNAN LINGUISTIK DALAM LAKUAN PENOLAKAN ORANG MELAYU, DALAM KONTEKS UNDANGAN PERKAHWINAN

RADHIAH ISMAIL, ROSWATI ABDUL RASHID

Journal of Business and Social Development · 2020

DOI: 10.46754/jbsd.2020.09.007 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Business and Social Development, 2020. Verfasst von RADHIAH ISMAIL und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Penolakan merupakan lakuan linguistik yang sukar untuk dilaksanakan dan berpotensi untuk mencetuskan konflik. Bagi menghindar konflik dan mengurangkan kemungkinan menjatuhkan air muka pendengar, penutur akan menggunakan pelbagai strategi kesantunan dalam pengungkapannya. Penulisan ini bertujuan untuk memerihalkan strategi-strategi kesantunan linguistik yang digunakan oleh orang Melayu dalam lakuan bahasa penolakan terhadap undangan ke majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan dipilih sebagai konteks kajian kerana ia merupakan salah satu peristiwa penting dan bersejarah dalam kehidupan seseorang dan menghadirinya merupakan satu tuntutan agama. Seramai 40 orang responden Melayu terlibat dalam kajian ini. Ujian Melengkapkan Wacana atau DCT (Discourse Completion Test) merupakan instrument telah digunakan untuk mengumpul data. Data dianalisis berdasarkan model penolakan Beebe, et al. Dapatan menunjukkan majoriti responden menggunakan strategi tidak langsung untuk mengungkapkan penolakan. Strategi “mengemukakan alasan” dan “memohon maaf” telah dikenal pasti sebagai dua strategi yang paling kerap digunakan oleh responden. Dari aspek struktur penolakan pula, kebanyakkan responden memulakan penolakan dengan strategi “memohon maaf” diikuti oleh strategi-strategi yang lain. Kesimpulannnya, adab dan kesantunan berbahasa masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melayu ketika berkomunikasi. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan untuk melancarkan dan meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam kalangan masyarakat terutama yang melibatkan lakuan bahasa penolakan.

Zitieren

APA

ISMAIL, R., & RASHID, R. A. (2020). KESANTUNAN LINGUISTIK DALAM LAKUAN PENOLAKAN ORANG MELAYU, DALAM KONTEKS UNDANGAN PERKAHWINAN. Journal of Business and Social Development. https://doi.org/10.46754/jbsd.2020.09.007

Vancouver

ISMAIL R, RASHID RA. KESANTUNAN LINGUISTIK DALAM LAKUAN PENOLAKAN ORANG MELAYU, DALAM KONTEKS UNDANGAN PERKAHWINAN. Journal of Business and Social Development. 2020. doi:10.46754/jbsd.2020.09.007

BibTeX
@article{ISMAIL2020,
  author = {ISMAIL, RADHIAH and RASHID, ROSWATI ABDUL},
  title = {KESANTUNAN LINGUISTIK DALAM LAKUAN PENOLAKAN ORANG MELAYU, DALAM KONTEKS UNDANGAN PERKAHWINAN},
  journal = {Journal of Business and Social Development},
  year = {2020},
  doi = {10.46754/jbsd.2020.09.007}
}
Kostenlos starten →