EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Prevalens Sengkenit terhadap Mamalia Kecil pada Habitat Berbeza di Tasek Bera, Pahang

Farah Shafawati Mohd Taib, Nur Amirah Nadiha Jasni

Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences · 2025

DOI: 10.37934/spnes.1.1.4751a ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences, 2025. Verfasst von Farah Shafawati Mohd Taib und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Tasek Bera yang terletak di Pahang, Malaysia merupakan salah satu tasik semula jadi terbesar di negara, dengan kepelbagaian floradan fauna yang tinggi. Kawasan ini menyediakan habitat bagi mamalia kecil yang memainkan peranan penting dalam rantaianmakanan ekosistem. Mamalia kecil juga bertindak sebagai perumah kepada sengkenit, yang berpotensi membawa patogen danmenyebarkan penyakit kepada manusia. Maklumat berkaitan mamalia kecil dan sengkenit di tasik semula jadi khususnya TasekBera masih tiada dilaporkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan kepelbagaian spesies mamalia kecil danmengenalpasti spesies sengkenit serta prevalensnya di Tasek Bera. Kajian dijalankan di tiga habitat berbeza di sekitar Tasek Bera,iaitu hutan, sekitar tasik, dan pertanian campuran. Sebanyak 30 perangkap diletakkan secara rawak di setiap habitat, dan pencariansengkenit dilakukan pada badan mamalia kecil yang ditangkap sebelum dibebaskan. Spesies mamalia kecil dikenalpasti berdasarkanmorfologi, manakala sengkenit dikenalpasti berdasarkan ukuran morfologi dan disahkan melalui kaedah molekul. Sebanyak 124individu mamalia kecil ditangkap dari semua lokasi kajian, yang didominasi oleh spesies Cynopterus brachyotis (volan) dan Rattusrattus diardii (bukan volan). Daripada jumlah ini, 29 individu diinfestasi oleh sengkenit. Berdasarkan analisis molekul, lima spesiessengkenit berjaya dikenalpasti, iaitu Ixodes granulatus, Dermacentor atrosignatus, Haemaphysalis hystricis, Amblyommacordiferum dan Dermacentor auratus. Kajian ini menyediakan maklumat asas mengenai sengkenit pada perumah mamalia kecil diTasek Bera. Kepelbagaian dan kepadatan infestasi sengkenit yang tinggi menjadi petunjuk kepada kepelbagaian mamalia kecil yangtinggi, namun terdapat beberapa implikasi terhadap ekosistem dan manusia yang perlu diberi perhatian.Tasek Bera, located in Pahang, Malaysia, is one of the largest natural lakes in the country, featuring high biodiversity of flora andfauna. This area provides a habitat for small mammals, which play a crucial role in the food chain of the ecosystem. Small mammalsalso serve as hosts for ticks, which have the potential to carry pathogens and spread diseases to humans. Information regardingsmall mammals and ticks in natural lakes, particularly Tasek Bera, has not been reported. Therefore, this study aims to determinethe diversity of small mammal species and identify tick species along with their prevalence at Tasek Bera. The study was conductedin three different habitats around Tasek Bera: forest, lakeside, and mixed agriculture. A total of 30 traps were randomly placed ineach habitat, and ticks were searched for on the bodies of the small mammals caught before they were released. The small mammalspecies were identified based on morphology, while the ticks were identified based on morphological measurements and confirmedthrough molecular methods. A total of 124 individual small mammals were captured from all study locations, dominated byCynopterus brachyotis and Rattus rattus diardii. Of these, 29 individuals were infested with ticks. Based on molecular analysis, fivetick species were identified: Ixodes granulatus, Dermacentor atrosignatus, Haemaphysalis hystricis, Amblyomma cordiferum andDermacentor auratus. This study provides baseline information on ticks infesting small mammal hosts at Tasek Bera. The highdiversity and density of tick infestations are indicators of the high diversity of small mammals, though there are several implicationsfor the ecosystem and human health that need attention.

Zitieren

APA

Taib, F. S. M., & Jasni, N. A. N. (2025). Prevalens Sengkenit terhadap Mamalia Kecil pada Habitat Berbeza di Tasek Bera, Pahang. Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences. https://doi.org/10.37934/spnes.1.1.4751a

Vancouver

Taib FSM, Jasni NAN. Prevalens Sengkenit terhadap Mamalia Kecil pada Habitat Berbeza di Tasek Bera, Pahang. Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences. 2025. doi:10.37934/spnes.1.1.4751a

BibTeX
@article{Taib2025,
  author = {Taib, Farah Shafawati Mohd and Jasni, Nur Amirah Nadiha},
  title = {Prevalens Sengkenit terhadap Mamalia Kecil pada Habitat Berbeza di Tasek Bera, Pahang},
  journal = {Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences},
  year = {2025},
  doi = {10.37934/spnes.1.1.4751a}
}
Kostenlos starten →