EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Kepelbagaian Burung di Habitat Berbeza di Tasek Bera

Qistina Syahindah Lokman, Farah Shafawati Mohd Taib

Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences · 2025

DOI: 10.37934/spnes.1.1.2429a ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences, 2025. Verfasst von Qistina Syahindah Lokman und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Tasek Bera merupakan tasik semula jadi yang dipilih sebagai salah satu tapak Ramsar. Tasik air tawar ini merupakan rumah kepada pelbagai spesies burung, mamalia dan ikan. Pengurangan atau penambahan kepelbagaian spesies dapat berlaku hasil daripada beberapa faktor seperti aktiviti penyahhutanan yang memberi impak negatif terhadap alam sekitar. Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif untuk mengenal pasti kepelbagaian spesies burung serta untuk menentukan hubungan antara taburan kepelbagaian burung kepada habitat yang dipilih di Tasek Bera, Pahang. Tiga lokasi berbeza dipilih iaitu kawasan aktiviti pertanian, kawasan hutan dan kawasan sekitar tasik untuk mewakili habitat berbeza di Tasek Bera. Persampelan cerapan burung menggunakan kaedah kiraan titik dan jaring kabut. Persampelan telah dijalankan di setiap habitat selama 6 hari termasuk hari pemasangan dan pengumpulan kembali jaring. Hasil dapatan kajian bagi burung adalah 85 spesies, 40 famili dan 16 order. Secara keseluruhannya, Hirundo rustica mencatatkan individu tertinggi kumpulan burung. Hasil dapatan pengumpulan data mendapati kepelbagaian burung di Tasek Bera termasuklah generalis dan spesialis. Indeks kepelbagaian Shannon (H) di habitat hutan mencatatkan angka tertinggi bagi burung. Kajian ini mendapati jenis burung, serta status pemuliharaannya tidak dipengaruhi oleh jenis habitat (Mann-U Whitney, Z= -0.145, p

Zitieren

APA

Lokman, Q. S., & Taib, F. S. M. (2025). Kepelbagaian Burung di Habitat Berbeza di Tasek Bera. Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences. https://doi.org/10.37934/spnes.1.1.2429a

Vancouver

Lokman QS, Taib FSM. Kepelbagaian Burung di Habitat Berbeza di Tasek Bera. Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences. 2025. doi:10.37934/spnes.1.1.2429a

BibTeX
@article{Lokman2025,
  author = {Lokman, Qistina Syahindah and Taib, Farah Shafawati Mohd},
  title = {Kepelbagaian Burung di Habitat Berbeza di Tasek Bera},
  journal = {Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences},
  year = {2025},
  doi = {10.37934/spnes.1.1.2429a}
}
Kostenlos starten →