STRATEGI PENGURUSAN PEMBAJAAN TANAMAN MANGGA: INTEGRASI DATA KESUBURAN TANAH DAN KLIMATOLOGI
Journal of Tourism Hospitality and Environment Management · 05.03.2026 · 11 (43) · 174
DOI: 10.35631/jthem.1143011 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Tourism Hospitality and Environment Management, online erschienen am 05.03.2026. Verfasst von Anizah Mohd Salleh und 4 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 20 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini bertujuan menentukan strategi pengurusan pembajaan yang tepat untuk tanaman mangga varieti MA 224 (Chokanan) di tanah bekas lombong, Tasik Utama Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Metodologi kajian melibatkan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk eksperimen terhadap 73 sampel pokok mangga dengan 2 strategi pembajaan yang dilaksanakan dalam tempoh 1 tahun (Mei 2024 hingga April 2025). Dapatan kajian tertumpu pada penilaian kesuburan tanah dan pola cuaca tempatan untuk membangunkan strategi pembajaan yang bersesuaian dan berasaskan bukti. Analisis tanah menunjukkan kawasan penanaman mangga adalah bersifat berasid sederhana (pH 5.3–5.4), kandungan bahan organik dan kalium yang sangat rendah, serta tekstur berpasir (60–65% pasir halus). Analisis cuaca bagi tempoh Mei 2024 hingga April 2025 merekodkan suhu purata 27.2–28.7°C dan taburan hujan bermusim, dengan bulan Disember 2024 dan Januari 2025 adalah paling lembap (>250 mm/bulan). Berdasarkan dapatan ini, 2 strategi pembajaan organik dicadangkan: (i) penggunaan Baja Organik Bioaktif Diptia dengan foliar Bio-Grow untuk meningkatkan aktiviti mikroorganisma dan ketersediaan fosforus; dan (ii) penggunaan Baja FN Rich Bio-Organik dengan foliar Bio-Grow untuk membekalkan kalium, kalsium dan bahan organik kepada tanah berpasir. Sudut pandang baharu kajian ini terletak pada pemilihan jenis bahan pembajaan organik dan bioaktif yang spesifik untuk mengatasi ciri ekstrem tanah bekas lombong. Integrasi data kawasan penanaman mangga yang spesifik dengan strategi pembajaan organik-bioaktif dapat menjadi model lestari untuk rehabilitasi tanah di ekosistem yang sudah rentan dengan tanaman bernilai ekonomi. Kesimpulannya, strategi pembajaan berasaskan analisis tanah dan cuaca yang spesifik kepada kawasan penanaman adalah penting untuk mengatasi kekurangan nutrisi tanah bermasalah dan mencapai pertumbuhan optimum tanaman mangga.
Zitieren
APA
Salleh, A. M., Somad, A. A. A., Abdullah, M. A. N., Kassim, F. A., & Shahruddin, S. (2026). STRATEGI PENGURUSAN PEMBAJAAN TANAMAN MANGGA: INTEGRASI DATA KESUBURAN TANAH DAN KLIMATOLOGI. Journal of Tourism Hospitality and Environment Management, 11(43), 174. https://doi.org/10.35631/jthem.1143011
Vancouver
Salleh AM, Somad AAA, Abdullah MAN, Kassim FA, Shahruddin S. STRATEGI PENGURUSAN PEMBAJAAN TANAMAN MANGGA: INTEGRASI DATA KESUBURAN TANAH DAN KLIMATOLOGI. Journal of Tourism Hospitality and Environment Management. 2026;11(43):174. doi:10.35631/jthem.1143011
BibTeX
@article{Salleh2026,
author = {Salleh, Anizah Mohd and Somad, Ahmad Azam Abdul and Abdullah, Mohamad Alif Nasnawi and Kassim, Faizah Abu and Shahruddin, Shafeeqa},
title = {STRATEGI PENGURUSAN PEMBAJAAN TANAMAN MANGGA: INTEGRASI DATA KESUBURAN TANAH DAN KLIMATOLOGI},
journal = {Journal of Tourism Hospitality and Environment Management},
year = {2026},
volume = {11},
number = {43},
pages = {174},
doi = {10.35631/jthem.1143011}
}
EUVIMED