PERBANDINGAN KAEDAH HURUF DAN KAEDAH FONIK BACAAN PINTAR DALAM PENGUASAAN MEMBACA AWAL: ANALISIS PEMETAAN GRAFEM–FONEM DAN PENCAPAIAN ARAS APLIKASI TAKSONOMI BLOOM
International Journal of Modern Education · 25.06.2026 · 8 (30) · 656
DOI: 10.35631/ijmoe.830042 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 25.06.2026. Verfasst von Zulkafly Mohd Noor und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 27 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini membandingkan Kaedah Huruf dan Kaedah Fonik Bacaan Pintar dalam penguasaan membaca awal dengan meneliti kedua-dua kaedah membentuk pemetaan grafem–fonem serta kesannya terhadap pencapaian aras aplikasi dalam Taksonomi Bloom. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis data primer berasaskan ujian akhir murid Program Intervensi Tahun Satu. Analisis memfokuskan mekanisme pemprosesan ejaan kepada sebutan, khususnya cara murid memetakan lambang tulisan kepada bunyi semasa membaca perkataan baharu. Kerangka analisis berpandukan struktur suku kata bahasa Melayu (KVK), Teori Kata Fonologi, dan prinsip penyukuan kata bahasa Melayu. Dapatan menunjukkan bahawa murid yang diajar menggunakan Kaedah Huruf cenderung memproses ejaan melalui nama huruf, lalu menghasilkan sebutan yang tidak stabil, terutamanya dalam suku kata tertutup, gugusan konsonan dan urutan vokal. Sebaliknya, murid yang mengikuti Kaedah Fonik Bacaan Pintar memproses ejaan melalui hubungan fonem-grafem secara langsung dan sistematik, sekali gus membolehkan pembentukan sebutan yang lebih stabil, tepat dan konsisten. Perbezaan ini menunjukkan bahawa keupayaan membaca bukan hanya ditentukan oleh kebolehan mengecam huruf, tetapi oleh kestabilan pemetaan grafem–fonem yang membolehkan murid memindahkan kemahiran bacaan kepada perkataan baharu. Kajian ini menyimpulkan bahawa Kaedah Fonik Bacaan Pintar lebih berkesan dalam menyokong penguasaan membaca awal kerana menyediakan laluan dekod yang lebih stabil dan seterusnya membolehkan murid mencapai aras aplikasi dalam Taksonomi Bloom.
Zitieren
APA
Noor, Z. M., Kamal, S. S. L. A., & Sazan, D. (2026). PERBANDINGAN KAEDAH HURUF DAN KAEDAH FONIK BACAAN PINTAR DALAM PENGUASAAN MEMBACA AWAL: ANALISIS PEMETAAN GRAFEM–FONEM DAN PENCAPAIAN ARAS APLIKASI TAKSONOMI BLOOM. International Journal of Modern Education, 8(30), 656. https://doi.org/10.35631/ijmoe.830042
Vancouver
Noor ZM, Kamal SSLA, Sazan D. PERBANDINGAN KAEDAH HURUF DAN KAEDAH FONIK BACAAN PINTAR DALAM PENGUASAAN MEMBACA AWAL: ANALISIS PEMETAAN GRAFEM–FONEM DAN PENCAPAIAN ARAS APLIKASI TAKSONOMI BLOOM. International Journal of Modern Education. 2026;8(30):656. doi:10.35631/ijmoe.830042
BibTeX
@article{Noor2026,
author = {Noor, Zulkafly Mohd and Kamal, Siti Soraya Lin Abdullah and Sazan, Darwalis},
title = {PERBANDINGAN KAEDAH HURUF DAN KAEDAH FONIK BACAAN PINTAR DALAM PENGUASAAN MEMBACA AWAL: ANALISIS PEMETAAN GRAFEM–FONEM DAN PENCAPAIAN ARAS APLIKASI TAKSONOMI BLOOM},
journal = {International Journal of Modern Education},
year = {2026},
volume = {8},
number = {30},
pages = {656},
doi = {10.35631/ijmoe.830042}
}
EUVIMED