EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

INTEGRASI KANDUNGAN PSIKOSPIRITUAL ISLAM DALAM PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENJAMIN KESIHATAN MENTAL MURID: SATU CADANGAN

Aiman Hakim Muhammed Azmi, Norharyanti Mohsin, Zaharah Hussin

International Journal of Modern Education · 09.06.2026 · 8 (30) · 181

DOI: 10.35631/ijmoe.830013 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 09.06.2026. Verfasst von Aiman Hakim Muhammed Azmi und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 31 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Isu kesihatan mental dalam kalangan murid semakin membimbangkan dan memerlukan pendekatan pendidikan yang lebih holistik, khususnya melalui pengajaran Pendidikan Islam yang bukan sahaja menekankan aspek kognitif, tetapi turut memberi perhatian kepada kesejahteraan emosi, rohani dan sahsiah murid. Namun begitu, pengintegrasian kandungan psikospiritual Islam dalam pengajaran guru Pendidikan Islam masih kurang dibincangkan secara tersusun sebagai satu pendekatan sokongan terhadap penjagaan kesihatan mental murid. Justeru, kertas konsep ini bertujuan membincangkan keperluan integrasi kandungan psikospiritual Islam dalam pengajaran guru Pendidikan Islam bagi membantu menjamin kesejahteraan mental murid. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan meneliti kajian lepas, penerbitan jurnal, dokumen dasar pendidikan dan pandangan para sarjana berkaitan psikospiritual Islam, kesihatan mental serta pengajaran Pendidikan Islam. Hasil perbincangan mendapati bahawa kandungan amalan psikospiritual Islam seperti tazkiyah al-nafs, muhasabah, sabar, syukur, tawakal, reda dan mahabbah berpotensi membantu murid mengurus tekanan, membina ketahanan emosi, memperkukuh hubungan dengan Allah SWT serta membentuk sahsiah yang seimbang. Selain itu, integrasi kandungan ini boleh dilaksanakan melalui Elemen Merentas Kurikulum (EMK), bahan pengajaran dan pembelajaran, strategi pengajaran berpusatkan guru dan murid, serta aktiviti kokurikulum. Dari sudut implementasi, kertas konsep ini mencadangkan agar guru Pendidikan Islam mengintegrasikan kandungan psikospiritual Islam secara lebih eksplisit, berstruktur dan bermakna dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pendekatan ini diharapkan dapat menjadi panduan awal kepada guru dalam membentuk murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Zitieren

APA

Azmi, A. H. M., Mohsin, N., & Hussin, Z. (2026). INTEGRASI KANDUNGAN PSIKOSPIRITUAL ISLAM DALAM PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENJAMIN KESIHATAN MENTAL MURID: SATU CADANGAN. International Journal of Modern Education, 8(30), 181. https://doi.org/10.35631/ijmoe.830013

Vancouver

Azmi AHM, Mohsin N, Hussin Z. INTEGRASI KANDUNGAN PSIKOSPIRITUAL ISLAM DALAM PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENJAMIN KESIHATAN MENTAL MURID: SATU CADANGAN. International Journal of Modern Education. 2026;8(30):181. doi:10.35631/ijmoe.830013

BibTeX
@article{Azmi2026,
  author = {Azmi, Aiman Hakim Muhammed and Mohsin, Norharyanti and Hussin, Zaharah},
  title = {INTEGRASI KANDUNGAN PSIKOSPIRITUAL ISLAM DALAM PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENJAMIN KESIHATAN MENTAL MURID: SATU CADANGAN},
  journal = {International Journal of Modern Education},
  year = {2026},
  volume = {8},
  number = {30},
  pages = {181},
  doi = {10.35631/ijmoe.830013}
}
Kostenlos starten →