ANALISIS KEBERKESANAN PLATFORM QALBU VERSE SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN AL-QURAN ABAD KE-21
International Journal of Modern Education · 31.03.2026 · 8 (29) · 1348
DOI: 10.35631/ijmoe.829080 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 31.03.2026. Verfasst von Farah Idayu Muhd Noor und 6 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 17 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini bertujuan menilai persepsi keberkesanan platform Qalbu Verse sebagai medium pembelajaran al-Quran yang selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21. Penilaian turut meneliti tahap keberkesanan penggunaan platform tersebut dalam meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kandungan ayat al-Quran serta mengukuhkan penguasaan bacaan dan hukum tajwid di samping membentuk pemahaman nilai-nilai al-Quran, meningkatkan motivasi pembelajaran dan memperkaya pengalaman pengguna dalam kalangan pelajar Tingkatan 2. Pendekatan kuantitatif berbentuk penilaian program dengan sokongan data pemerhatian yang melibatkan 112 orang responden yang terdiri daripada 88 orang pelajar serta 24 orang guru dan ibu bapa melalui pengumpulan data menggunakan borang soal selidik berstruktur, rekod gamifikasi dan pemerhatian fasilitator. Analisis mendapati bahawa platform ini memberi kesan positif yang konsisten terhadap beberapa aspek pembelajaran. Secara keseluruhan, antara 84% hingga 88% responden pelajar memberikan penilaian positif terhadap laman web Qalbu Verse dari segi kebolehcapaian maklumat, reka bentuk visual, kemudahan navigasi, pautan video serta bahan pembelajaran. Dari aspek kefahaman ayat al-Quran, kesedaran pengamalan ajaran Islam, pemahaman adab dan akhlak serta pengaitan ayat dengan kehidupan sebenar, dapatan turut menunjukkan tahap penilaian positif dalam julat yang sama. Dari perspektif guru dan ibu bapa pula, penilaian terhadap kebolehgunaan, susun atur dan kesesuaian bahan pembelajaran serta sumbangannya terhadap kefahaman maksud ayat al Quran dan penghayatan nilai Islam juga berada dalam julat antara 84% hingga 88% sekali gus menunjukkan sokongan yang kuat terhadap keberkesanan platform ini. Secara keseluruhannya, Qalbu Verse menunjukkan potensi penghayatan nilai-nilai al-Quran, minat dan motivasi pembelajaran, penguasaan bacaan serta hukum tajwid di samping menyediakan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar melalui ciri interaktif dan gamifikasi. Kesimpulannya, Qalbu Verse berpotensi sebagai medium pelengkap bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Penggunaan platform ini disarankan untuk diselaraskan secara pedagogi, dipantau oleh guru dan disertai dengan pemilihan kandungan beretika bagi meningkatkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan pelajar.
Zitieren
APA
Noor, F. I. M., Ismail, W. O. A. S. W., Jafri, N. N. A. N. M., Bahri, M. M. K., Hazuwari, N. D. A., Rohaizad, R. H., & Zolkifle, A. U. (2026). ANALISIS KEBERKESANAN PLATFORM QALBU VERSE SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN AL-QURAN ABAD KE-21. International Journal of Modern Education, 8(29), 1348. https://doi.org/10.35631/ijmoe.829080
Vancouver
Noor FIM, Ismail WOASW, Jafri NNANM, Bahri MMK, Hazuwari NDA, Rohaizad RH, et al. ANALISIS KEBERKESANAN PLATFORM QALBU VERSE SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN AL-QURAN ABAD KE-21. International Journal of Modern Education. 2026;8(29):1348. doi:10.35631/ijmoe.829080
BibTeX
@article{Noor2026,
author = {Noor, Farah Idayu Muhd and Ismail, W Omar Ali Saifuddin Wan and Jafri, Nik Nur Arinah Nik Mohd and Bahri, Madihah Mohd Khairul and Hazuwari, Nur Dini Asyiqin and Rohaizad, Rafiqa Humaira and Zolkifle, Ain Umairah},
title = {ANALISIS KEBERKESANAN PLATFORM QALBU VERSE SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN AL-QURAN ABAD KE-21},
journal = {International Journal of Modern Education},
year = {2026},
volume = {8},
number = {29},
pages = {1348},
doi = {10.35631/ijmoe.829080}
}
EUVIMED