MELESTARIKAN IKLIM BILIK DARJAH POSITIF DI SEKOLAH MENENGAH DI ERA DIGITAL
International Journal of Modern Education · 26.03.2026 · 8 (29) · 1028
DOI: 10.35631/ijmoe.829060 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 26.03.2026. Verfasst von Shuhaida Shaari und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 121 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Iklim bilik darjah yang positif merujuk kepada kualiti persekitaran sosial, emosi dan akademik yang dibina secara bersama oleh guru dan murid dalam proses pembelajaran. Iklim yang kondusif merupakan asas penting kepada keberkesanan pengajaran serta pencapaian murid yang optimum. Dalam era digital yang semakin berkembang, peranan guru menjadi semakin penting dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang menyokong perkembangan akademik dan kesejahteraan murid. Kertas konsep ini berasaskan dua perspektif teori yang saling melengkapi iaitu Teori Penentuan Kendiri (Self-Determination Theory) dan Teori Konektivisme (Connectivism Theory). Teori Penentuan Kendiri menjelaskan bagaimana amalan pengajaran guru yang menyokong autonomi, kompetensi dan hubungan guru-murid dapat meningkatkan motivasi intrinsik serta penglibatan murid dalam pembelajaran. Sementara itu, teori Konektivisme menerangkan bagaimana pembelajaran berlaku melalui rangkaian pengetahuan, interaksi sosial dan penggunaan teknologi digital dalam persekitaran pembelajaran moden. Kertas konsep ini mensintesis literatur terkini berkaitan strategi untuk mengekalkan dan melestarikan iklim bilik darjah yang positif dalam konteks pendidikan digital serta implikasinya terhadap hasil pencapaian murid. Antara strategi utama yang dikenal pasti termasuk pembinaan hubungan guru–murid yang positif, amalan pengajaran yang menyokong autonomi murid, pengurusan bilik darjah yang konsisten, pembangunan profesional guru dan sokongan kepimpinan sekolah. Model konseptual yang dicadangkan merangkumi amalan guru dalam era digital, sistem sokongan profesional, iklim bilik darjah positif yang berkekalan serta hasil pencapaian murid. Hasil pencapaian murid dilihat daripada beberapa dimensi iaitu pencapaian akademik, literasi dan kompetensi digital, hubungan sosioemosi serta pembelajaran terkawal kendiri. Kertas konsep ini turut mengemukakan saranan kepada guru, kepimpinan sekolah dan penggubal dasar untuk memberi penekanan kepada pembangunan profesional berterusan, pembentukan budaya sekolah kolaboratif serta pemantauan berterusan terhadap kelestarian iklim bilik darjah yang positif dalam era digital.
Zitieren
APA
Shaari, S., & Ahmad, Y. (2026). MELESTARIKAN IKLIM BILIK DARJAH POSITIF DI SEKOLAH MENENGAH DI ERA DIGITAL. International Journal of Modern Education, 8(29), 1028. https://doi.org/10.35631/ijmoe.829060
Vancouver
Shaari S, Ahmad Y. MELESTARIKAN IKLIM BILIK DARJAH POSITIF DI SEKOLAH MENENGAH DI ERA DIGITAL. International Journal of Modern Education. 2026;8(29):1028. doi:10.35631/ijmoe.829060
BibTeX
@article{Shaari2026,
author = {Shaari, Shuhaida and Ahmad, Yasmin},
title = {MELESTARIKAN IKLIM BILIK DARJAH POSITIF DI SEKOLAH MENENGAH DI ERA DIGITAL},
journal = {International Journal of Modern Education},
year = {2026},
volume = {8},
number = {29},
pages = {1028},
doi = {10.35631/ijmoe.829060}
}
EUVIMED