TRANSFORMASI HOLISTIK PENGAJARAN SENI VISUAL ABAD KE-21 MELALUI INTEGRASI STEAM DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)
International Journal of Modern Education · 26.03.2026 · 8 (29) · 920
DOI: 10.35631/ijmoe.829055 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 26.03.2026. Verfasst von Bileron Buruntong und 6 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 32 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Cabaran pendidikan abad ke-21 menuntut murid bukan sahaja menguasai kemahiran literasi asas, malah turut mengembangkan kreativiti visual dan kemahiran motor halus bagi menyokong perkembangan kognitif dan ekspresi kendiri secara seimbang. Dalam konteks murid Kelas Peralihan Tingkatan 1 di Sabah, isu peralihan bahasa, tahap literasi visual yang rendah serta kekurangan bahan bantu belajar yang bersifat visual dan interaktif dikenal pasti sebagai cabaran utama yang menjejaskan penglibatan dan motivasi pembelajaran. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meneroka keberkesanan Kit Mewarna berasaskan pendekatan STEAM yang diintegrasikan dengan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) sebagai satu intervensi pedagogi dalam meningkatkan literasi visual, kreativiti seni dan kemahiran motor halus murid peralihan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif dengan pengumpulan data melalui pemerhatian bilik darjah, temu bual separa berstruktur serta analisis artefak hasil kerja murid. Seramai 55 orang murid Tingkatan 1 daripada sebuah sekolah menengah di Sabah terlibat dalam intervensi yang dilaksanakan selama empat minggu. Analisis tematik mendapati bahawa murid menunjukkan perkembangan yang jelas dalam aspek literasi visual, termasuk keupayaan mengenal dan menyusun elemen visual secara lebih sistematik; peningkatan kreativiti melalui variasi penggunaan warna dan reka bentuk; serta pengukuhan kemahiran motor halus dari segi kawalan dan ketepatan pewarnaan. Selain itu, tahap penglibatan dan motivasi murid dalam aktiviti pembelajaran turut memperlihatkan perubahan yang positif berdasarkan pemerhatian dan maklum balas reflektif. Kajian ini menyumbang kepada literatur tempatan dengan menyediakan bukti empirikal tentang potensi integrasi STEAM dan PBL dalam pendidikan seni visual bagi murid Kelas Peralihan, khususnya dalam konteks luar bandar di Sabah. Dapatan ini mencadangkan bahawa pendekatan intervensi berasaskan seni yang bersifat multisensori dan berfokuskan murid mampu menyokong perkembangan holistik merangkumi domain kognitif, psikomotor dan afektif.
Zitieren
APA
Buruntong, B., Kindoyop, S., Ramli, H., Said, T. S., Misdih, M., Sareya, R., & Yunus, S. M. (2026). TRANSFORMASI HOLISTIK PENGAJARAN SENI VISUAL ABAD KE-21 MELALUI INTEGRASI STEAM DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL). International Journal of Modern Education, 8(29), 920. https://doi.org/10.35631/ijmoe.829055
Vancouver
Buruntong B, Kindoyop S, Ramli H, Said TS, Misdih M, Sareya R, et al. TRANSFORMASI HOLISTIK PENGAJARAN SENI VISUAL ABAD KE-21 MELALUI INTEGRASI STEAM DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL). International Journal of Modern Education. 2026;8(29):920. doi:10.35631/ijmoe.829055
BibTeX
@article{Buruntong2026,
author = {Buruntong, Bileron and Kindoyop, Salbiah and Ramli, Harozila and Said, Tajul Shuhaizam and Misdih, Musnin and Sareya, Rosli and Yunus, Sri Mastika},
title = {TRANSFORMASI HOLISTIK PENGAJARAN SENI VISUAL ABAD KE-21 MELALUI INTEGRASI STEAM DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)},
journal = {International Journal of Modern Education},
year = {2026},
volume = {8},
number = {29},
pages = {920},
doi = {10.35631/ijmoe.829055}
}
EUVIMED