EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

ULASAN NARATIF BERSTRUKTUR: CABARAN DAN KEKANGAN PELAKSANAAN TVET DALAM PENDIDIKAN MENENGAH

Kamarulhuda Muhamad Nor, Mohd Asri Mohd Noor

International Journal of Modern Education · 26.03.2026 · 8 (29) · 908

DOI: 10.35631/ijmoe.829054 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 26.03.2026. Verfasst von Kamarulhuda Muhamad Nor und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 29 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Ulasan naratif berstruktur ini bertujuan meneroka cabaran serta kekangan pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam pendidikan menengah dengan memberi tumpuan terhadap aspek sistem pendidikan dan pembangunan kurikulum. Carian meliputi penerbitan antara tahun 2019 hingga 2026, dengan sejumlah 43 artikel dikenal pasti dan 26 artikel yang memenuhi kriteria inklusi selepas melalui proses saringan. Dapatan literatur menunjukkan potensi TVET sebagai laluan alternatif yang lebih inklusif, khususnya bagi pelajar yang berorientasikan kemahiran praktikal. Walau bagaimanapun, keberkesanan pelaksanaannya bergantung pada keselarasan struktur tadbir urus serta reka bentuk kurikulum yang selari dengan kehendak pasaran. Meskipun terdapat peningkatan penerbitan berkaitan TVET, kajian sintesis yang memfokuskan cabaran pelaksanaan pada peringkat pendidikan menengah dari sudut sistem dan kurikulum masih terhad. Pembangunan kurikulum dikenal pasti sebagai teras utama cabaran pelaksanaan, khususnya berkaitan ketidakselarasan dengan revolusi teknologi industri, keperluan kemahiran masa hadapan serta perubahan dinamik pasaran buruh. Perdebatan turut berterusan sama ada TVET perlu mengekalkan penekanan terhadap kemahiran khusus pekerjaan atau mengutamakan kemahiran umum yang lebih fleksibel, selain pertikaian berkaitan tadbir urus TVET sama ada berpusat atau terdesentralisasi. Peningkatan bilangan penerbitan dalam dekad terkini menunjukkan keperluan mendesak untuk memperhalusi model pelaksanaan TVET yang lebih responsif terhadap perubahan ekonomi serta teknologi. Oleh itu, usaha memperkukuh profesionalisme guru serta memperluas penyelidikan berteraskan teknologi amat diperlukan bagi memperkasa pelaksanaan dasar dan pembangunan kurikulum TVET yang lebih responsif serta inklusif di peringkat menengah. Fokus kajian masa hadapan wajar menumpukan penilaian empirikal terhadap model TVET bersepadu dan berasaskan teknologi bagi menyokong amalan berasaskan bukti serta pembangunan pendidikan dan sosioekonomi yang mampan.

Zitieren

APA

Nor, K. M., & Noor, M. A. M. (2026). ULASAN NARATIF BERSTRUKTUR: CABARAN DAN KEKANGAN PELAKSANAAN TVET DALAM PENDIDIKAN MENENGAH. International Journal of Modern Education, 8(29), 908. https://doi.org/10.35631/ijmoe.829054

Vancouver

Nor KM, Noor MAM. ULASAN NARATIF BERSTRUKTUR: CABARAN DAN KEKANGAN PELAKSANAAN TVET DALAM PENDIDIKAN MENENGAH. International Journal of Modern Education. 2026;8(29):908. doi:10.35631/ijmoe.829054

BibTeX
@article{Nor2026,
  author = {Nor, Kamarulhuda Muhamad and Noor, Mohd Asri Mohd},
  title = {ULASAN NARATIF BERSTRUKTUR: CABARAN DAN KEKANGAN PELAKSANAAN TVET DALAM PENDIDIKAN MENENGAH},
  journal = {International Journal of Modern Education},
  year = {2026},
  volume = {8},
  number = {29},
  pages = {908},
  doi = {10.35631/ijmoe.829054}
}
Kostenlos starten →