EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

CINTA KEADILAN MELALUI PEMERKASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DALAM KONTEKS PENDIDIKAN TINGGI

Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Kamilah Wati Mohd, Naimatulapidah Abdul Majid, Soleha Saat, Nor Azean Hasan Adali

International Journal of Law Government and Communication · 23.06.2026 · 11 (44) · 192

DOI: 10.35631/ijlgc.1144012 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Law Government and Communication, online erschienen am 23.06.2026. Verfasst von Syaidatun Nazirah Abu Zahrin und 4 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 37 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Keadilan membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Cinta kepada keadilan menjadi teras kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Menegakkan keadilan melalui lunas undang-undang adalah hak setiap individu melangkaui agama, bangsa, keturunan, kedudukan sosial mahupun politik. Di Malaysia, pelaksanaan dualisme undang-undang bermakna undang-undang Sivil dan Syariah dilaksanakan seiring walaupun bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sangat terhad. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah kajian perpustakaan dalam mencari bahan kajian dan data yang diperolehi telah dianalisis secara tematik, berdasarkan kata kunci cinta keadilan, institusi pendidikan tinggi dan undang-undang Syariah dari tahun 1979 ke tahun 2025 artikel dan dikecualikan mengenai aspek campur tangan kerajaan dalam sistem keadilan. Makalah ini menganalisa cabaran pelaksanaan undang-undang Syariah di Malaysia, rentetan daripada beberapa kes yang mencabar bidang kuasa Badan Perundangan Negeri dalam membuat peruntukan berhubung kesalahan jenayah Syariah. Dapatan kajian ini merumuskan terdapat keperluan untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang mahir dalam kedua-dua bidang, iaitu undang-undang Sivil dan Syariah bagi mendepani konflik bidang kuasa mahkamah Sivil dan mahkamah Syariah yang masih berterusan. Institusi Pengajian Tinggi memainkan peranan yang penting dalam melahirkan graduan yang cekap dalam kedua-dua bidang. Selain itu, nilai-nilai cinta keadilan perlu diterapkan melalui silibus dan aktiviti kokurikulum yang bersesuaian. Kajian ini penting dalam memupuk minat graduan undang-undang mahupun Syariah untuk menceburi kedua-dua cabang undang-undang selain mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan cinta keadilan dapat diterapkan dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat.

Zitieren

APA

Zahrin, S. N. A., Mohd, K. W., Majid, N. A., Saat, S., & Adali, N. A. H. (2026). CINTA KEADILAN MELALUI PEMERKASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DALAM KONTEKS PENDIDIKAN TINGGI. International Journal of Law Government and Communication, 11(44), 192. https://doi.org/10.35631/ijlgc.1144012

Vancouver

Zahrin SNA, Mohd KW, Majid NA, Saat S, Adali NAH. CINTA KEADILAN MELALUI PEMERKASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DALAM KONTEKS PENDIDIKAN TINGGI. International Journal of Law Government and Communication. 2026;11(44):192. doi:10.35631/ijlgc.1144012

BibTeX
@article{Zahrin2026,
  author = {Zahrin, Syaidatun Nazirah Abu and Mohd, Kamilah Wati and Majid, Naimatulapidah Abdul and Saat, Soleha and Adali, Nor Azean Hasan},
  title = {CINTA KEADILAN MELALUI PEMERKASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DALAM KONTEKS PENDIDIKAN TINGGI},
  journal = {International Journal of Law Government and Communication},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {44},
  pages = {192},
  doi = {10.35631/ijlgc.1144012}
}
Kostenlos starten →