DUN TERENGGANU TANPA PEMBANGKANG: SATU TINJAUAN ANALISIS MEDIA
International Journal of Law Government and Communication · 31.03.2026 · 11 (43) · 515
DOI: 10.35631/ijlgc.1143033 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Law Government and Communication, online erschienen am 31.03.2026. Verfasst von Ilyas Abdullah und 5 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 43 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Artikel ini membincangkan polemik berkaitan keberkesanan perbahasan DUN Terengganu tanpa pembangkang. Dapatan daripada kajian ini dilakukan berdasarkan beberapa analisis daripada tajuk berita terpilih sepanjang tahun 2023. PRU 2022 dan PRN 2023 melakarkan sejarah baharu dalam politik Terengganu. PAS bukan sahaja berjaya memenangi semua lapan kerusi parlimen malahan turut berjaya menewaskan gabungan BN-PH dalam PRN 2023 dengan memperolehi 32 kerusi sekaligus menjadikan Terengganu sebagai satu-satunya negeri tanpa pembangkang. Berdasarkan keputusan PRN tersebut, pelbagai polemik timbul dan menjadi tajuk-tajuk berita berkaitan amalan demokrasi yang dikatakan terhenti di DUN Terengganu. Selain daripada polemik, dapatan kajian ini turut membincangkan cadangan dan penyelesaian yang dianalisis berdasarkan tajuk-tajuk berita terpilih. Berdasarkan analisis, praktis demokrasi di DUN Terengganu sebenarnya berlangsung seperti biasa. Dalam politik moden, pelbagai pendekatan boleh dilakukan sebagai mekanisme semak dan imbang kepada kerajaan. Selain daripada peranan backbencher, rakyat sendiri mampu memainkan peranan secara berkesan dan mengawal segala dasar, perancangan dan perkembangan projek yang dilakukan oleh Kerajaan Terengganu. Pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1999 oleh Hadi Awang selaku Menteri Besar ketika itu membuktikan keterbukaan Kerajaan Terengganu menerima teguran dan pandangan alternatif daripada ADUN Lantikan. ADUN Lantikan boleh dilantik maksimun empat orang yang terdiri daripada wanita dan juga wakil bukan Islam. Justeru, Fasal yang termaktub dalam Undang-Undang Kerajaan Negeri Terengganu juga wajar diperluaskan kepada wakil pembangkang untuk dipilih sebagai ADUN Lantikan tanpa melalui proses pilihanraya. Hal ini bagi membolehkan wakil daripada parti pembangkang sekurang-kurang mampu terlibat dalam perbahasan di DUN.
Zitieren
APA
Abdullah, I., Halim, K. H. K., Salleh, S. M., Esa, M. S., Mokhtar, S., & Ationg, R. (2026). DUN TERENGGANU TANPA PEMBANGKANG: SATU TINJAUAN ANALISIS MEDIA. International Journal of Law Government and Communication, 11(43), 515. https://doi.org/10.35631/ijlgc.1143033
Vancouver
Abdullah I, Halim KHK, Salleh SM, Esa MS, Mokhtar S, Ationg R. DUN TERENGGANU TANPA PEMBANGKANG: SATU TINJAUAN ANALISIS MEDIA. International Journal of Law Government and Communication. 2026;11(43):515. doi:10.35631/ijlgc.1143033
BibTeX
@article{Abdullah2026,
author = {Abdullah, Ilyas and Halim, Ku Hasnan Ku and Salleh, Shamsulkhairi Md and Esa, Mohd. Sohaimi and Mokhtar, Saifulazry and Ationg, Romzi},
title = {DUN TERENGGANU TANPA PEMBANGKANG: SATU TINJAUAN ANALISIS MEDIA},
journal = {International Journal of Law Government and Communication},
year = {2026},
volume = {11},
number = {43},
pages = {515},
doi = {10.35631/ijlgc.1143033}
}
EUVIMED