EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

PENILAIAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT SULUK DI LAHAD DATU, SABAH DARI PERSPEKTIF ISLAM

Nurul Atiqah Azman, Saifulazry Mokhtar, Sarip Adul, Earnie Elmie Hilmie

International Journal of Law Government and Communication · 30.03.2026 · 11 (43) · 473

DOI: 10.35631/ijlgc.1143031 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Law Government and Communication, online erschienen am 30.03.2026. Verfasst von Nurul Atiqah Azman und 3 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 53 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Adat merupakan sistem amalan dan peraturan sosial yang diwarisi secara turun-temurun serta berfungsi sebagai asas pembentukan identiti dan struktur sosial sesebuah masyarakat. Di Malaysia, adat berperanan penting sebagai warisan kebudayaan yang membentuk norma, nilai dan cara hidup komuniti, termasuk dalam institusi perkahwinan. Makalah ini membincangkan konsep adat dari perspektif antropologi dan budaya dengan penekanan terhadap adat perkahwinan sebagai manifestasi nilai sosial, simbolik dan estetika masyarakat. Kajian ini memfokuskan kepada adat perkahwinan etnik Suluk di Sabah, khususnya di daerah Lahad Datu, yang masih mengekalkan fasa-fasa tradisional seperti merisik, meminang, penyampaian hantaran dan majlis perkahwinan. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur bersama informan utama serta pemerhatian turut serta dalam pelaksanaan upacara perkahwinan bagi memperoleh data yang mendalam dan kontekstual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap fasa adat perkahwinan Suluk membawa makna simbolik yang mencerminkan hubungan kekeluargaan, struktur sosial dan identiti budaya masyarakat tersebut. Walaupun terdapat beberapa elemen adat yang berpotensi bercanggah dengan prinsip agama moden, amalan ini masih terus dikekalkan sebagai lambang warisan budaya, kesinambungan tradisi dan pengukuhan identiti sosio-budaya dalam kalangan generasi masa kini.

Zitieren

APA

Azman, N. A., Mokhtar, S., Adul, S., & Hilmie, E. E. (2026). PENILAIAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT SULUK DI LAHAD DATU, SABAH DARI PERSPEKTIF ISLAM. International Journal of Law Government and Communication, 11(43), 473. https://doi.org/10.35631/ijlgc.1143031

Vancouver

Azman NA, Mokhtar S, Adul S, Hilmie EE. PENILAIAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT SULUK DI LAHAD DATU, SABAH DARI PERSPEKTIF ISLAM. International Journal of Law Government and Communication. 2026;11(43):473. doi:10.35631/ijlgc.1143031

BibTeX
@article{Azman2026,
  author = {Azman, Nurul Atiqah and Mokhtar, Saifulazry and Adul, Sarip and Hilmie, Earnie Elmie},
  title = {PENILAIAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT SULUK DI LAHAD DATU, SABAH DARI PERSPEKTIF ISLAM},
  journal = {International Journal of Law Government and Communication},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {43},
  pages = {473},
  doi = {10.35631/ijlgc.1143031}
}
Kostenlos starten →