EVOLUSI CORAK PENGUNDIAN ETNIK CINA DI NEGERI SEMBILAN DARI PRU 1999 HINGGA 2023
International Journal of Law Government and Communication · 26.03.2026 · 11 (43) · 372
DOI: 10.35631/ijlgc.1143025 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Law Government and Communication, online erschienen am 26.03.2026. Verfasst von Mokhtar Ahmad und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 50 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Artikel ini meneliti perkembangan pola pengundian etnik Cina di Negeri Sembilan dari PRU-10 hingga PRU-15, dengan memberi perhatian kepada perubahan orientasi politik etnik Cina dalam hubungan dengan persaingan parti dan dinamik struktur politik di Negeri Sembilan. Walaupun fenomena perubahan sokongan pengundi Cina telah banyak dibincangkan pada peringkat nasional kajian yang meneliti pola pengundian secara longitudinal di peringkat Negeri khususnya Negeri Sembilah masih terhad. Kajian memfokuskan peralihan sokongan daripada parti tradisional seperti MCA dan Gerakan kepada DAP pasca fenomena “tsunami Cina” PRU-12. Perubahan ini dikaitkan dengan beberapa faktor termasuk kedudukan sosioekonomi pengundi Cina, tuntutan terhadap akses pendidikan yang adil, dan kepentingan pemeliharaan hak kebudayaan yang dianggap semakin mendesak dalam iklim politik pasca-2008. Kajian turut menilai implikasi perubahan ini terhadap senario politik Negeri Sembilan, khususnya dari aspek keupayaan parti-parti politik menyesuaikan pendekatan dan mesej kepada segmen pengundi yang semakin kritikal. Metod kajian berasaskan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen sekunder, meliputi data rasmi keputusan pilihan raya yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), laporan media arus perdana dan portal berita, serta penyelidikan akademik berkaitan politik etnik di Malaysia. Analisis kajian ini dipandu oleh kerangka teori realignment politik dan pendekatan tingkah laku pengundi etnik dalam system politik pelbagai kaum. Pendekatan longitudinal merentasi enam pilihan raya umum membolehkan pengenalpastian pola kestabilan dan perubahan sokongan secara lebih sistematik berbanding analisis silang masa yang terhad. Dapatan menunjukkan peningkatan berterusan dominasi DAP sejak PRU-12, yang membawa kepada kemerosotan ketara pengaruh MCA dan Gerakan, seterusnya menghasilkan dinamika baharu dalam kerangka politik Barisan Nasional di Negeri Sembilan. Implikasi kajian ini bukan sahaja signifikan terhadap strategi parti politik, malah menyumbang kepada perbahasan lebih luas mengenai transformasi system kepartian dan masa depan politik konsosiasional di Malaysia.
Zitieren
APA
Ahmad, M., & Besar, J. A. (2026). EVOLUSI CORAK PENGUNDIAN ETNIK CINA DI NEGERI SEMBILAN DARI PRU 1999 HINGGA 2023. International Journal of Law Government and Communication, 11(43), 372. https://doi.org/10.35631/ijlgc.1143025
Vancouver
Ahmad M, Besar JA. EVOLUSI CORAK PENGUNDIAN ETNIK CINA DI NEGERI SEMBILAN DARI PRU 1999 HINGGA 2023. International Journal of Law Government and Communication. 2026;11(43):372. doi:10.35631/ijlgc.1143025
BibTeX
@article{Ahmad2026,
author = {Ahmad, Mokhtar and Besar, Junaidi Awang},
title = {EVOLUSI CORAK PENGUNDIAN ETNIK CINA DI NEGERI SEMBILAN DARI PRU 1999 HINGGA 2023},
journal = {International Journal of Law Government and Communication},
year = {2026},
volume = {11},
number = {43},
pages = {372},
doi = {10.35631/ijlgc.1143025}
}
EUVIMED