KAJIAN PERLINDUNGAN UNDANG - UNDANG TERHADAP PELANCONG DALAM AKTIVITI EKOPELANCONGAN
International Journal of Law Government and Communication · 09.03.2026 · 11 (43) · 159
DOI: 10.35631/ijlgc.1143012 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Law Government and Communication, online erschienen am 09.03.2026. Verfasst von Nur Aisyah Fatihah Mohamad Zamry und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 44 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini membincangkan perlindungan undang-undang terhadap pelancong dalam aktiviti ekopelancongan di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada keberkesanan pelaksanaan dan cabaran penguatkuasaan undang-undang sedia ada. Malaysia memiliki pelbagai akta yang berkaitan seperti Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482), Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313), Akta Perikanan 1985 (Akta 317), dan Akta Taman Negara 1980 (Akta 226). Namun, kajian ini mendapati bahawa ketiadaan kerangka undang-undang khusus untuk ekopelancongan, pertindihan kuasa antara agensi dan kelemahan pemantauan di lapangan menjejaskan keberkesanan perlindungan terhadap pelancong dan kelestarian alam sekitar. Kajian ini turut membandingkan pendekatan perundangan di Australia, Thailand dan Singapura yang memperlihatkan keberkesanan struktur pentadbiran tunggal, pensijilan lestari dan penguatkuasaan bersepadu. Dapatan kajian mencadangkan agar Malaysia merangka satu akta khusus yang holistik, merangkumi pelesenan operator, perlindungan pengguna, pemantauan berasaskan teknologi serta peranan komuniti tempatan, untuk memastikan ekopelancongan dilaksanakan secara bertanggungjawab, selamat dan mampan.
Zitieren
APA
Zamry, N. A. F. M., & Dahlan, N. K. (2026). KAJIAN PERLINDUNGAN UNDANG - UNDANG TERHADAP PELANCONG DALAM AKTIVITI EKOPELANCONGAN. International Journal of Law Government and Communication, 11(43), 159. https://doi.org/10.35631/ijlgc.1143012
Vancouver
Zamry NAFM, Dahlan NK. KAJIAN PERLINDUNGAN UNDANG - UNDANG TERHADAP PELANCONG DALAM AKTIVITI EKOPELANCONGAN. International Journal of Law Government and Communication. 2026;11(43):159. doi:10.35631/ijlgc.1143012
BibTeX
@article{Zamry2026,
author = {Zamry, Nur Aisyah Fatihah Mohamad and Dahlan, Nur Khalidah},
title = {KAJIAN PERLINDUNGAN UNDANG - UNDANG TERHADAP PELANCONG DALAM AKTIVITI EKOPELANCONGAN},
journal = {International Journal of Law Government and Communication},
year = {2026},
volume = {11},
number = {43},
pages = {159},
doi = {10.35631/ijlgc.1143012}
}
EUVIMED