TINGKAH LAKU POLITIK PENGUNDI KAUM INDIA DALAM PRU-14 DAN PRN-15 DI NEGERI SEMBILAN: SATU ANALISIS GEOGRAFI POLITIK DAN PARTISIPASI POLITIK
International Journal of Law Government and Communication · 05.03.2026 · 11 (43) · 105
DOI: 10.35631/ijlgc.1143009 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Law Government and Communication, online erschienen am 05.03.2026. Verfasst von Mokhtar Ahmad und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 50 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Artikel ini menganalisis pola partisipasi politik kaum India di Negeri Sembilan dengan meneliti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi calon kaum India dalam PRU-14 (Jeram Padang, Nilai, Lobak, Labu, Rahang, Mambau, Seremban Jaya, Rantau, Sri Tanjung dan Repah) serta PRN-15 (Jeram Padang, Bahau, Nilai, Bukit Kepayang, Mambau, Seremban Jaya, Lukut, Sri Tanjung dan Repah). Artikel ini meneliti demografi pengundi India, menjelaskan pola sokongan dan peralihan undi, serta menghuraikan secara lebih mendalam bagaimana perubahan geografi, peralihan kelas sosial, tumpuan penduduk, persaingan parti dan faktor geografi politik di peringkat tempatan saling berinteraksi membentuk tingkah laku politik masyarakat India di setiap DUN. Data kajian diambil daripada daftar pemilih, keputusan pilihan raya dan taburan demografi etnik. Dapatan menunjukkan bahawa PRU-14 memperlihatkan peralihan ketara sokongan tradisional daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan yang dipacu oleh gelombang nasional, tekanan sosioekonomi dalam kalangan B40 India dan kesan kebangkitan Hindraf. Namun, PRN-15 memperlihatkan pola yang lebih rencam dengan kemunculan Perikatan Nasional sebagai pesaing signifikan, penurunan kadar keluar mengundi dalam kalangan pengundi India, serta perubahan komposisi demografi di beberapa DUN seperti Nilai, Seremban Jaya, Labu dan Jeram Padang yang mempengaruhi orientasi politik setempat. Secara keseluruhan, analisis menunjukkan bahawa partisipasi politik pengundi India dibentuk oleh gabungan faktor nasional, lokaliti dan geobudaya termasuk profil calon, identiti politik, persaingan parti serta dinamika ekonomi mikro setempat. Kajian ini memberi implikasi penting bagi pemahaman strategi parti politik dalam merangka pendekatan penglibatan pengundi berasaskan etnik, serta menekankan kepentingan faktor lokal dan struktur geobudaya dalam meramal dan mempengaruhi pola sokongan politik komuniti India di Negeri Sembilan.
Zitieren
APA
Ahmad, M., & Besar, J. A. (2026). TINGKAH LAKU POLITIK PENGUNDI KAUM INDIA DALAM PRU-14 DAN PRN-15 DI NEGERI SEMBILAN: SATU ANALISIS GEOGRAFI POLITIK DAN PARTISIPASI POLITIK. International Journal of Law Government and Communication, 11(43), 105. https://doi.org/10.35631/ijlgc.1143009
Vancouver
Ahmad M, Besar JA. TINGKAH LAKU POLITIK PENGUNDI KAUM INDIA DALAM PRU-14 DAN PRN-15 DI NEGERI SEMBILAN: SATU ANALISIS GEOGRAFI POLITIK DAN PARTISIPASI POLITIK. International Journal of Law Government and Communication. 2026;11(43):105. doi:10.35631/ijlgc.1143009
BibTeX
@article{Ahmad2026,
author = {Ahmad, Mokhtar and Besar, Junaidi Awang},
title = {TINGKAH LAKU POLITIK PENGUNDI KAUM INDIA DALAM PRU-14 DAN PRN-15 DI NEGERI SEMBILAN: SATU ANALISIS GEOGRAFI POLITIK DAN PARTISIPASI POLITIK},
journal = {International Journal of Law Government and Communication},
year = {2026},
volume = {11},
number = {43},
pages = {105},
doi = {10.35631/ijlgc.1143009}
}
EUVIMED