PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN KEPADA MURID BEKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN VOKASIONAL SPESIFIK: SATU KAJIAN KES
International Journal of Entrepreneurship and Management Practices · 18.06.2026 · 11 (63) · 536
DOI: 10.35631/ijepc.1163032 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Entrepreneurship and Management Practices, online erschienen am 18.06.2026. Verfasst von Azita Ali und 3 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 39 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Pendidikan khas di Malaysia bermatlamat memberikan peluang saksama melalui Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), dan Program Pendidikan Inklusif. Walaupun subjek Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) diperkenalkan untuk memperkasakan potensi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), namun sejauh mana elemen keusahawanan diterapkan secara holistik bagi menjamin kebolehpasaran mereka masih kurang diterokai. Terdapat jurang dalam literatur mengenai aplikasi praktikal elemen kompetensi kognitif, interpersonal, dan intrapersonal dalam pengajaran guru KVS yang menentukan hala tuju kerjaya murid. Kajian ini bertujuan untuk meneroka penerapan kemahiran keusahawanan oleh guru kepada MBPK dalam subjek KVS di PPKI sekolah menengah harian, Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk studi kes yang melibatkan lima orang guru pendidikan khas subjek KVS di dua buah sekolah menengah di daerah Jeli. Peserta kajian dipilih melalui pensampelan bertujuan. Data dikumpul melalui teknik temu bual mendalam, pemerhatian di lapangan, dan analisis dokumen, seterusnya dianalisis secara bertema. Hasil kajian mendedahkan bahawa penerapan kemahiran keusahawanan merangkumi tiga dimensi utama iaitu kompetensi kognitif, interpersonal, dan intrapersonal. Kajian juga mengenal pasti cabaran kritikal dalam pengajaran vokasional serta strategi intervensi yang diambil oleh guru untuk memastikan MBPK menguasai kemahiran tersebut. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan model pengajaran vokasional yang lebih komprehensif bagi MBPK dengan mengintegrasikan elemen keusahawanan sebagai pemacu kebolehpasaran. Implikasinya, dapatan ini menjadi panduan kepada pendidik dan penggubal dasar dalam mengoptimumkan potensi kendiri MBPK supaya mereka mampu berdikari, mencipta peluang pekerjaan, dan mencapai kualiti hidup yang lebih bermakna pada masa hadapan.
Zitieren
APA
Ali, A., Saud, M. S., Rahman, K. A. A., & Mohamad, M. (2026). PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN KEPADA MURID BEKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN VOKASIONAL SPESIFIK: SATU KAJIAN KES. International Journal of Entrepreneurship and Management Practices, 11(63), 536. https://doi.org/10.35631/ijepc.1163032
Vancouver
Ali A, Saud MS, Rahman KAA, Mohamad M. PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN KEPADA MURID BEKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN VOKASIONAL SPESIFIK: SATU KAJIAN KES. International Journal of Entrepreneurship and Management Practices. 2026;11(63):536. doi:10.35631/ijepc.1163032
BibTeX
@article{Ali2026,
author = {Ali, Azita and Saud, Muhammad Sukri and Rahman, Khairul Anuar Abdul and Mohamad, Marlina},
title = {PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN KEPADA MURID BEKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN VOKASIONAL SPESIFIK: SATU KAJIAN KES},
journal = {International Journal of Entrepreneurship and Management Practices},
year = {2026},
volume = {11},
number = {63},
pages = {536},
doi = {10.35631/ijepc.1163032}
}
EUVIMED