KESAN TIGA JENIS INTERVENSI RELAKSASI TERHADAP PRESTASI UJIAN SPESIFIK BOLA SEPAK DALAM KALANGAN ATLET REMAJA
International Journal of Education Psychology and Counseling · 09.06.2026 · 11 (63) · 166
DOI: 10.35631/ijepc.1163009 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education Psychology and Counseling, online erschienen am 09.06.2026. Verfasst von Jeckry John und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 36 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Prestasi bola sepak dipengaruhi bukan sahaja oleh keupayaan fizikal dan teknikal, tetapi juga oleh kesiapsiagaan psikologi yang menyumbang kepada konsistensi prestasi semasa pertandingan. Walaupun intervensi relaksasi digunakan secara meluas dalam psikologi sukan bagi meningkatkan regulasi fisiologi dan kestabilan prestasi, bukti empirikal mengenai keberkesanan perbandingan intervensi relaksasi terhadap prestasi spesifik bola sepak dalam kalangan atlet remaja masih terhad. Oleh itu, kajian ini bertujuan menyiasat kesan tiga intervensi relaksasi, iaitu Relaksasi Otot Progresif (ROP), Relaksasi Autogenik (RA), dan Latihan Pernafasan Mendalam (LPM), terhadap prestasi spesifik bola sepak dalam kalangan pemain lelaki bawah 16 tahun. Kajian menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen kuantitatif dengan pendekatan kumpulan kawalan ujian pra dan ujian pasca tidak setara. Seramai 60 pemain bola sepak lelaki berumur 13 hingga 16 tahun dipilih secara pensampelan bertujuan dan diagihkan kepada empat kumpulan: ROP (n = 15), RA (n = 15), LPD (n = 15), dan kumpulan kawalan (n = 15). Intervensi dilaksanakan selama empat minggu dengan dua sesi seminggu. Prestasi spesifik bola sepak dinilai melalui bateri ujian kemahiran piawai meliputi kawalan bola, hantaran pendek, hantaran jauh, menggelecek, dan menjaring. Analisis data menggunakan Mixed-Design ANOVA dan ujian pos hoc Tukey HSD menunjukkan kesan utama kumpulan yang signifikan, F(3,56) = 3.23, p = .029, ηp² = .15, serta kesan utama masa yang signifikan, F(1,56) = 66.49, p < .001, ηp² = .54. Kesan interaksi kumpulan × masa juga signifikan, F(3,56) = 6.84, p < .001, ηp² = .27, menunjukkan peningkatan prestasi yang berbeza mengikut intervensi. Semua kumpulan intervensi menunjukkan peningkatan prestasi yang lebih baik berbanding kumpulan kawalan, dengan LPM mencatat peningkatan paling ketara. Dapatan kajian menyokong keberkesanan intervensi relaksasi berstruktur dalam meningkatkan prestasi spesifik bola sepak pemain remaja serta menekankan kepentingan pengintegrasian latihan kemahiran psikologi dalam program pembangunan bola sepak.
Zitieren
APA
John, J., & Khan, T. K. A. (2026). KESAN TIGA JENIS INTERVENSI RELAKSASI TERHADAP PRESTASI UJIAN SPESIFIK BOLA SEPAK DALAM KALANGAN ATLET REMAJA. International Journal of Education Psychology and Counseling, 11(63), 166. https://doi.org/10.35631/ijepc.1163009
Vancouver
John J, Khan TKA. KESAN TIGA JENIS INTERVENSI RELAKSASI TERHADAP PRESTASI UJIAN SPESIFIK BOLA SEPAK DALAM KALANGAN ATLET REMAJA. International Journal of Education Psychology and Counseling. 2026;11(63):166. doi:10.35631/ijepc.1163009
BibTeX
@article{John2026,
author = {John, Jeckry and Khan, Thariq Khan Azizudin},
title = {KESAN TIGA JENIS INTERVENSI RELAKSASI TERHADAP PRESTASI UJIAN SPESIFIK BOLA SEPAK DALAM KALANGAN ATLET REMAJA},
journal = {International Journal of Education Psychology and Counseling},
year = {2026},
volume = {11},
number = {63},
pages = {166},
doi = {10.35631/ijepc.1163009}
}
EUVIMED