EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

KONSEP ‘RED FLAG’ DALAM PERGAULAN REMAJA MENURUT PERSPEKTIF AKHLAK ISLAM: SATU ANALISIS KRITIKAL

Ammar Abdullah Tahir, Saufi Abdullah

International Journal of Education Psychology and Counseling · 31.03.2026 · 11 (62) · 1767

DOI: 10.35631/ijepc.1162102 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education Psychology and Counseling, online erschienen am 31.03.2026. Verfasst von Ammar Abdullah Tahir und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 26 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Konsep ‘red flag’ merujuk kepada tanda-tanda awal yang menunjukkan kewujudan tingkah laku bermasalah dalam sesuatu hubungan, seperti manipulasi emosi, sikap mengawal, ketidakjujuran dan paksaan. Dalam era digital, konsep ini semakin popular dalam kalangan remaja Muslim melalui media sosial, namun kebanyakannya difahami dalam kerangka psikologi sekular tanpa panduan agama. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menganalisis konsep ‘red flag’ dalam konteks pergaulan remaja menurut perspektif akhlak Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap sumber primer seperti al-Qur’an dan hadis, serta karya ulama akhlak seperti al-Ghazali dan Ibn Miskawayh, di samping rujukan kontemporari berkaitan tingkah laku sosial remaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen-elemen utama ‘red flag’ mempunyai padanan yang jelas dalam ajaran Islam, yang telah lama menggariskan larangan terhadap tingkah laku toksik serta menyediakan prinsip akhlak yang holistik seperti kejujuran, keadilan, kesederhanaan dan penghormatan terhadap maruah insan. Kajian ini juga menegaskan bahawa konsep ‘red flag’ boleh dijadikan instrumen pendidikan akhlak yang relevan sekiranya disaring dan disepadukan dengan prinsip maqasid syariah. Oleh itu, integrasi antara wacana kontemporari dan nilai akhlak Islam adalah penting dalam membina kesedaran moral, emosi dan spiritual remaja agar mampu membentuk hubungan sosial yang sihat, beretika dan berteraskan wahyu.

Zitieren

APA

Tahir, A. A., & Abdullah, S. (2026). KONSEP ‘RED FLAG’ DALAM PERGAULAN REMAJA MENURUT PERSPEKTIF AKHLAK ISLAM: SATU ANALISIS KRITIKAL. International Journal of Education Psychology and Counseling, 11(62), 1767. https://doi.org/10.35631/ijepc.1162102

Vancouver

Tahir AA, Abdullah S. KONSEP ‘RED FLAG’ DALAM PERGAULAN REMAJA MENURUT PERSPEKTIF AKHLAK ISLAM: SATU ANALISIS KRITIKAL. International Journal of Education Psychology and Counseling. 2026;11(62):1767. doi:10.35631/ijepc.1162102

BibTeX
@article{Tahir2026,
  author = {Tahir, Ammar Abdullah and Abdullah, Saufi},
  title = {KONSEP ‘RED FLAG’ DALAM PERGAULAN REMAJA MENURUT PERSPEKTIF AKHLAK ISLAM: SATU ANALISIS KRITIKAL},
  journal = {International Journal of Education Psychology and Counseling},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {62},
  pages = {1767},
  doi = {10.35631/ijepc.1162102}
}
Kostenlos starten →