PUASA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KESIHATAN MENTAL: ANALISIS NEUROSAINS DAN PERSPEKTIF ISLAM
International Journal of Education Psychology and Counseling · 31.03.2026 · 11 (62)
DOI: 10.35631/ijepc.1162089 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education Psychology and Counseling, online erschienen am 31.03.2026. Verfasst von Zaifuddin Md Rasip und 5 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 32 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini meneliti peranan puasa dan implikasinya terhadap kesihatan mental melalui mekanisme neurobiologi yang mempengaruhi fungsi otak, kestabilan emosi dan kesejahteraan psikologi. Walaupun banyak kajian telah meneliti manfaat metabolik puasa terhadap kesihatan fizikal, penyelidikan yang mengintegrasikan perspektif neurosains, fungsi kognitif dan kesejahteraan psikologi secara menyeluruh masih terhad. Oleh itu, kajian ini bertujuan menghimpunkan dan menganalisis bukti saintifik berkaitan hubungan antara amalan puasa dan kesihatan mental dari sudut mekanisme neurobiologi. Secara umum, mekanisme yang menjelaskan kesan puasa terhadap kesihatan mental boleh dihimpunkan kepada tiga kluster utama, iaitu neuroplastisiti, neuroproteksi selular dan metabolisme otak. Dari sudut neuroplastisiti, puasa merangsang pengeluaran Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF) yang berperanan dalam pertumbuhan neuron, pengukuhan sambungan sinaptik serta peningkatan keupayaan pembelajaran dan daya ingatan. Dari sudut neuroproteksi selular, puasa mencetuskan proses autofagi yang membantu penyingkiran protein rosak dan sisa selular yang berkait rapat dengan pencegahan kemerosotan neurologi. Sementara itu, dari sudut metabolisme otak, puasa mencetuskan ketogenesis yang menghasilkan β-hydroxybutyrate (BHB) sebagai sumber tenaga alternatif bagi neuron serta bertindak sebagai agen anti-radang dan antioksidan yang membantu mengurangkan stres oksidatif dan keradangan saraf. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis literatur naratif dengan meneliti dapatan kajian-kajian terdahulu dalam bidang neurosains, psikologi kognitif dan kesihatan mental. Analisis terhadap 33 artikel dan buku menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan puasa secara berkala cenderung mengalami peningkatan daya tumpuan, ketahanan mental, kawalan emosi serta keseimbangan psikologi. Oleh itu, puasa berpotensi berfungsi sebagai pendekatan sokongan yang bersifat neuroprotektif dan psikoprotektif dalam memelihara kesihatan mental. Kajian ini menyumbang kepada pengukuhan kerangka konseptual hubungan antara amalan puasa, mekanisme neurobiologi dan kesejahteraan mental serta menyediakan asas saintifik bagi pembangunan intervensi gaya hidup dalam menyokong kesihatan mental.
Zitieren
APA
Rasip, Z. M., Handan, R., Hamzah, A. H., Mohamad, M. Z., Maslikhah, M., & Razak, M. S. A. (2026). PUASA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KESIHATAN MENTAL: ANALISIS NEUROSAINS DAN PERSPEKTIF ISLAM. International Journal of Education Psychology and Counseling, 11(62). https://doi.org/10.35631/ijepc.1162089
Vancouver
Rasip ZM, Handan R, Hamzah AH, Mohamad MZ, Maslikhah M, Razak MSA. PUASA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KESIHATAN MENTAL: ANALISIS NEUROSAINS DAN PERSPEKTIF ISLAM. International Journal of Education Psychology and Counseling. 2026;11(62). doi:10.35631/ijepc.1162089
BibTeX
@article{Rasip2026,
author = {Rasip, Zaifuddin Md and Handan, Rahayu and Hamzah, Amer Hudhaifah and Mohamad, Mohd Zulfahmi and Maslikhah, Maslikhah and Razak, Mohd Solleh Ab},
title = {PUASA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KESIHATAN MENTAL: ANALISIS NEUROSAINS DAN PERSPEKTIF ISLAM},
journal = {International Journal of Education Psychology and Counseling},
year = {2026},
volume = {11},
number = {62},
doi = {10.35631/ijepc.1162089}
}
EUVIMED