KEBERKESANAN PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (AI) TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MELAYU MURID PEMULIHAN
International Journal of Education Psychology and Counseling · 31.03.2026 · 11 (62) · 1296
DOI: 10.35631/ijepc.1162075 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education Psychology and Counseling, online erschienen am 31.03.2026. Verfasst von Lee Shan Chia und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 23 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usaha meningkatkan kemahiran membaca murid pemulihan Bahasa Melayu di sekolah rendah. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuasi-eksperimen yang melibatkan 60 orang murid pemulihan, terdiri daripada 30 orang murid dalam kumpulan rawatan dan 30 orang murid dalam kumpulan kawalan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Selangor. Instrumen kajian merangkumi ujian pra dan ujian pasca yang direka untuk mengukur perubahan tahap kemahiran membaca selepas pelaksanaan intervensi. Data dianalisis menggunakan ujian-t untuk membandingkan perbezaan min skor antara kumpulan. Kumpulan rawatan mengikuti pembelajaran menggunakan aplikasi AI, manakala kumpulan kawalan mengikuti kaedah pengajaran tradisional. Dapatan menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan berada pada tahap bacaan yang setara dalam ujian pra. Namun begitu, keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam kalangan murid kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Hal ini membuktikan bahawa AI menyediakan sokongan pembelajaran yang konsisten dan responsif, sekali gus membantu meningkatkan penguasaan bacaan murid pemulihan. Secara keseluruhan, kajian ini merumuskan bahawa penggunaan aplikasi AI merupakan pendekatan yang efektif untuk meningkatkan kemahiran membaca murid pemulihan dan wajar dijadikan pelengkap kepada kaedah konvensional.
Zitieren
APA
Chia, L. S., & Mahamod, Z. (2026). KEBERKESANAN PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (AI) TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MELAYU MURID PEMULIHAN. International Journal of Education Psychology and Counseling, 11(62), 1296. https://doi.org/10.35631/ijepc.1162075
Vancouver
Chia LS, Mahamod Z. KEBERKESANAN PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (AI) TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MELAYU MURID PEMULIHAN. International Journal of Education Psychology and Counseling. 2026;11(62):1296. doi:10.35631/ijepc.1162075
BibTeX
@article{Chia2026,
author = {Chia, Lee Shan and Mahamod, Zamri},
title = {KEBERKESANAN PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (AI) TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MELAYU MURID PEMULIHAN},
journal = {International Journal of Education Psychology and Counseling},
year = {2026},
volume = {11},
number = {62},
pages = {1296},
doi = {10.35631/ijepc.1162075}
}
EUVIMED