EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

AYAT KURSI SEBAGAI TERAPI KOGNITIF TAUHIDI: ANALISIS TAFSIR DAN PSIKOLOGI KOGNITIF

Ammar Abdullah Tahir, Saufi Abdullah

International Journal of Education Psychology and Counseling · 31.03.2026 · 11 (62) · 1223

DOI: 10.35631/ijepc.1162071 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education Psychology and Counseling, online erschienen am 31.03.2026. Verfasst von Ammar Abdullah Tahir und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 54 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian ini meneliti Ayat Kursi (Surah al-Baqarah 2:255) sebagai asas kepada model Terapi Kognitif Tauhidi yang berpaksikan epistemologi wahyu. Berasaskan analisis tafsir klasik seperti al-Tabari, al-Qurtubi dan Ibn Kathir, serta tafsir kontemporari seperti Sayyid Qutb dan Muhammad al-Sha'rawi, kajian ini mengintegrasikan dimensi tauhid dengan kerangka psikologi kognitif moden, khususnya konsep schemas, core beliefs dan cognitive restructuring dalam pendekatan Cognitive Behavioural Therapy (CBT). Menggunakan metodologi analisis dokumen kualitatif dan pendekatan tafsir maudhu‘i, kajian memetakan struktur makna Ayat Kursi kepada kategori psikologi kognitif bagi mengenal pasti fungsi terapeutiknya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Ayat Kursi mengandungi empat elemen utama yang membentuk struktur Terapi Kognitif Tauhidi: (1) pengukuhan core belief tauhidi melalui penegasan sifat Allah sebagai al-Ḥayy dan al-Qayyūm, (2) penghapusan distorsi kognitif berkaitan ketakutan dan catastrophizing melalui jaminan pengawasan Ilahi, (3) pemulihan kawalan diri berasaskan konsep tawakal, dan (4) penstrukturan semula makna hidup melalui kesedaran rububiyyah dan keterbatasan ilmu manusia. Kajian ini mengemukakan model awal yang dinamakan Tauhidi Cognitive Restructuring (TCR) sebagai kerangka psikoterapi Islam berasaskan wahyu, yang bukan sekadar adaptasi model Barat tetapi lahir daripada analisis struktur makna ayat al-Qur’an itu sendiri. Implikasi kajian mencadangkan bahawa Ayat Kursi berpotensi dijadikan modul intervensi dalam kaunseling dan psikoterapi Islam kontemporari bagi menangani isu kebimbangan, tekanan emosi dan kekosongan makna hidup dalam kalangan individu Muslim.

Zitieren

APA

Tahir, A. A., & Abdullah, S. (2026). AYAT KURSI SEBAGAI TERAPI KOGNITIF TAUHIDI: ANALISIS TAFSIR DAN PSIKOLOGI KOGNITIF. International Journal of Education Psychology and Counseling, 11(62), 1223. https://doi.org/10.35631/ijepc.1162071

Vancouver

Tahir AA, Abdullah S. AYAT KURSI SEBAGAI TERAPI KOGNITIF TAUHIDI: ANALISIS TAFSIR DAN PSIKOLOGI KOGNITIF. International Journal of Education Psychology and Counseling. 2026;11(62):1223. doi:10.35631/ijepc.1162071

BibTeX
@article{Tahir2026,
  author = {Tahir, Ammar Abdullah and Abdullah, Saufi},
  title = {AYAT KURSI SEBAGAI TERAPI KOGNITIF TAUHIDI: ANALISIS TAFSIR DAN PSIKOLOGI KOGNITIF},
  journal = {International Journal of Education Psychology and Counseling},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {62},
  pages = {1223},
  doi = {10.35631/ijepc.1162071}
}
Kostenlos starten →