EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

KESAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR TERHADAP PRESTASI PELAJAR: PERANAN TINGKAH LAKU NOMOFOBIA SEBAGAI MEKANISME PERANTARA

Syamimi Mansor, Mohd Abdullah Jusoh, Rogis Baker

International Journal of Education Psychology and Counseling · 01.03.2026 · 11 (62) · 123

DOI: 10.35631/ijepc.1162010 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education Psychology and Counseling, online erschienen am 01.03.2026. Verfasst von Syamimi Mansor und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 76 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Dalam era perkembangan pesat teknologi digital, penggunaan telefon pintar secara meluas telah menimbulkan pelbagai isu berkaitan dengan tingkah laku akademik dan bukan akademik dalam konteks bilik darjah. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara penggunaan telefon pintar semasa dalam kelas dengan prestasi pelajar, serta menilai peranan tingkah laku nomofobia sebagai pemboleh ubah perantara dalam hubungan tersebut. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kuantitatif dengan pendekatan tinjauan melalui soal selidik yang melibatkan seramai 382 orang pelajar tingkatan enam di Malaysia yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26 melalui kaedah analisis pengantara dijalankan dengan menggunakan ujian Sobel dan teknik bootstrapping bagi menilai peranan nomofobia sebagai pemboleh ubah perantara. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nomofobia bertindak sebagai pengantara penuh dalam hubungan antara penggunaan telefon pintar dan prestasi akademik, apabila hubungan langsung antara penggunaan telefon pintar dan prestasi akademik didapati tidak signifikan. Namun, setelah pemboleh ubah pengantara dimasukkan, hubungan tidak langsung antara penggunaan telefon pintar, nomofobia dan prestasi akademik menjadi signifikan. Sebaliknya, bagi prestasi bukan akademik, dapatan menunjukkan bahawa nomofobia berfungsi sebagai pengantara separa, apabila kedua-dua kesan langsung antara penggunaan telefon pintar dan prestasi bukan akademik serta kesan tidak langsung melalui nomofobia didapati signifikan dan bergerak dalam arah yang sama. Penemuan kajian ini menunjukkan keperluan mendesak untuk memperkenalkan intervensi pendidikan digital holistik untuk mengurus penggunaan telefon pintar dan mengurangkan tahap nomofobia, tanpa mengabaikan manfaat teknologi dalam pembelajaran. Selain itu, hasil kajian ini juga dapat dijadikan rujukan kepada pihak kementerian dalam pembangunan dasar dan peraturan berkaitan penggunaan telefon pintar di dalam kelas agar selaras dengan objektif pembelajaran serta tidak menjejaskan keseimbangan akademik dan kesejahteraan emosi pelajar.

Zitieren

APA

Mansor, S., Jusoh, M. A., & Baker, R. (2026). KESAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR TERHADAP PRESTASI PELAJAR: PERANAN TINGKAH LAKU NOMOFOBIA SEBAGAI MEKANISME PERANTARA. International Journal of Education Psychology and Counseling, 11(62), 123. https://doi.org/10.35631/ijepc.1162010

Vancouver

Mansor S, Jusoh MA, Baker R. KESAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR TERHADAP PRESTASI PELAJAR: PERANAN TINGKAH LAKU NOMOFOBIA SEBAGAI MEKANISME PERANTARA. International Journal of Education Psychology and Counseling. 2026;11(62):123. doi:10.35631/ijepc.1162010

BibTeX
@article{Mansor2026,
  author = {Mansor, Syamimi and Jusoh, Mohd Abdullah and Baker, Rogis},
  title = {KESAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR TERHADAP PRESTASI PELAJAR: PERANAN TINGKAH LAKU NOMOFOBIA SEBAGAI MEKANISME PERANTARA},
  journal = {International Journal of Education Psychology and Counseling},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {62},
  pages = {123},
  doi = {10.35631/ijepc.1162010}
}
Kostenlos starten →