INISIATIF PELAKSANAAN AKTIVITI ASNAFPRENEUR OLEH INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBENTUKAN CIRI KEUSAHAWANAN DI KALANGAN PENERIMA ZAKAT
International Journal of Entrepreneurship and Management Practices · 30.06.2026 · 9 (34) · 584
DOI: 10.35631/ijemp.934035 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Entrepreneurship and Management Practices, online erschienen am 30.06.2026. Verfasst von Dahlia Ibrahim und 4 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 24 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Institusi zakat di Malaysia memainkan peranan penting dalam memperkasakan golongan asnaf melalui pelbagai program pembangunan keusahawanan yang bertujuan meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Walau bagaimanapun, kajian yang meneliti secara mendalam bagaimana inisiatif institusi zakat membentuk ciri keusahawanan dalam kalangan asnafpreneur masih terhad. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti aktiviti asnafpreneur serta menilai inisiatif pelaksanaan aktiviti institusi zakat dalam membentuk ciri keusahawanan penerima zakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur dengan 25 orang asnafpreneur daripada lima buah negeri di Malaysia serta analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan analisis tematik bagi mengenal pasti tema-tema utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bantuan modal, latihan, bimbingan, pameran produk dan jaringan perniagaan berjaya meningkatkan pembangunan perniagaan, keyakinan diri, peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan zakat. Di samping itu, inovasi dan adaptasi teknologi dikenal pasti sebagai faktor penting dalam meningkatkan daya saing perniagaan. Dari sudut implikasi praktikal, kajian ini membantu institusi zakat memperkukuh program pembangunan asnafpreneur melalui sokongan yang lebih holistik dan berterusan. Dari sudut implikasi dasar, kajian ini mencadangkan pelaksanaan program mentoring jangka panjang, sistem pemantauan prestasi berasaskan KPI, penubuhan dana pusingan (revolving fund), serta pengukuhan kerjasama strategik dengan SME Corporation Malaysia dan MARA bagi memastikan kelestarian ekosistem keusahawanan asnaf.
Zitieren
APA
Ibrahim, D., Ali, N., Isa, Z. M., Anuar, A., & Bakar, S. A. (2026). INISIATIF PELAKSANAAN AKTIVITI ASNAFPRENEUR OLEH INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBENTUKAN CIRI KEUSAHAWANAN DI KALANGAN PENERIMA ZAKAT. International Journal of Entrepreneurship and Management Practices, 9(34), 584. https://doi.org/10.35631/ijemp.934035
Vancouver
Ibrahim D, Ali N, Isa ZM, Anuar A, Bakar SA. INISIATIF PELAKSANAAN AKTIVITI ASNAFPRENEUR OLEH INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBENTUKAN CIRI KEUSAHAWANAN DI KALANGAN PENERIMA ZAKAT. International Journal of Entrepreneurship and Management Practices. 2026;9(34):584. doi:10.35631/ijemp.934035
BibTeX
@article{Ibrahim2026,
author = {Ibrahim, Dahlia and Ali, Norhidayah and Isa, Zuraidah Mohamed and Anuar, Azyyati and Bakar, Suhaida Abu},
title = {INISIATIF PELAKSANAAN AKTIVITI ASNAFPRENEUR OLEH INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBENTUKAN CIRI KEUSAHAWANAN DI KALANGAN PENERIMA ZAKAT},
journal = {International Journal of Entrepreneurship and Management Practices},
year = {2026},
volume = {9},
number = {34},
pages = {584},
doi = {10.35631/ijemp.934035}
}
EUVIMED