WAQAF MUAQQAT: SOROTAN LITERATUR MENGENAI HUKUM DAN POTENSINYA DI MALAYSIA
iBAF e-Proceedings · 29.10.2026 · 12 (1) · 169-179
DOI: 10.33102/wazcjn62 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift iBAF e-Proceedings, online erschienen am 29.10.2026. Verfasst von Noor Ain Alin @ Nordin und 1 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Wakaf muaqqat (wakaf bertempoh) kini banyak dibahaskan sebagai salah satu instrumen kontemporari yang berpotensi memacu dinamika sektor kewangan sosial Islam. Artikel ini membincangkan senario kajian terdahulu melalui sorotan literatur yang sistematik berasaskan empat tema utama: (1) Kedudukan dan hukum wakaf muaqqat dalam syariat Islam, (2) Sumbangannya terhadap pembangunan ekonomi Islam, (3) Penetapan parameter pelaksanaan dan (4) Pengurusan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Metodologi kajian berbentuk kualitatif ini mengaplikasikan kaedah analisis dokumen. Kajian ini menggunakan kaedah Ulasan Literatur Sistematik (SLR) berasaskan pendekatan PRISMA untuk mengkaji literatur terkini berkaitan wakaf muaqqat, melibatkan analisis kualiti dan kesesuaian tema. Artikel ini melihat sorotan literatur tentang hukum dan potensi pelaksanaan wakaf muaqqat di Malaysia dan menjalankan analisis terhadap 21 buah artikel, 6 buku, 2 kertas kerja persidangan, 2 tesis dan 3 akta. Hasil sorotan mendapati wujud trend penulisan yang menyokong keharusan wakaf muaqqat demi maslahah ekonomi semasa, khususnya menerusi hujah daripada Mazhab Maliki. Dari lensa pembangunan ekonomi, terdapat banyak literatur yang mendukung keupayaan instrumen ini dalam mengoptimumkan modal jangka pendek bagi pembiayaan projek kebajikan. Namun, kajian-kajian lepas turut menekankan kepentingan penetapan parameter yang tuntas bagi menjamin pemeliharaan maslahah semua pihak yang berkepentingan. Sorotan literatur ini mencadangkan keperluan pengukuhan yang berterusan terhadap aspek kesediaan operasi dan tadbir urus sedia ada di peringkat MAIN. Artikel ini merumuskan bahawa pemantapan kerangka kawal selia yang holistik oleh MAIN adalah kritikal bagi mengoptimumkan potensi penuh wakaf muaqqat sebagai instrumen yang menjadi pemangkin kemajuan ekonomi ummah di Malaysia.
Zitieren
APA
Nordin, N. A. A., & Rahman, A. A. (2026). WAQAF MUAQQAT: SOROTAN LITERATUR MENGENAI HUKUM DAN POTENSINYA DI MALAYSIA. iBAF e-Proceedings, 12(1), 169-179. https://doi.org/10.33102/wazcjn62
Vancouver
Nordin NAA, Rahman AA. WAQAF MUAQQAT: SOROTAN LITERATUR MENGENAI HUKUM DAN POTENSINYA DI MALAYSIA. iBAF e-Proceedings. 2026;12(1):169-179. doi:10.33102/wazcjn62
BibTeX
@article{Nordin2026,
author = {Nordin, Noor Ain Alin @ and Rahman, Asmak Ab},
title = {WAQAF MUAQQAT: SOROTAN LITERATUR MENGENAI HUKUM DAN POTENSINYA DI MALAYSIA},
journal = {iBAF e-Proceedings},
year = {2026},
volume = {12},
number = {1},
pages = {169--179},
doi = {10.33102/wazcjn62}
}
EUVIMED