EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY-NC 4.0

Intervensi konsep Khawārim al-Murū‘ah dalam permohonan tauliah mengajar agama di Malaysia

Yasir Ramlee

Ulum Islamiyyah · 10.11.2026 · 68-80

DOI: 10.33102/uij.760 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Ulum Islamiyyah, online erschienen am 10.11.2026. Verfasst von Yasir Ramlee. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Wacana pentauliahan mengajar agama di Malaysia pasca-2020 didominasi oleh naratif peranannya sebagai mekanisme strategik dalam memelihara kesucian akidah dan membendung ekstremisme, di samping mendepani cabaran penguatkuasaan di ruang fizikal dan dunia maya. Ketiadaan kerangka penilaian berasaskan konsep al-murū’ah menyebabkan instrumen sedia ada lebih cenderung menilai kompetensi luaran seperti tahap keilmuan dan populariti, berbanding aspek integriti dalaman serta etika peribadi pemohon. Khawārim al-murū’ah merupakan konsep klasik dalam disiplin ilmu fikah dan hadis yang merujuk kepada perlakuan yang mencemarkan maruah diri, meskipun tidak secara langsung melanggar hukum syarak. Konsep ini mempunyai kaitan yang signifikan dengan penilaian kredibiliti individu sebagai sosok yang mengajarkan ilmu dan berdakwah dalam masyarakat. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis intervensi konsep khawārim al-muru’ah dalam konteks semasa di Malaysia dan mencadangkan satu kerangka dasar pelaksanaannya dalam proses penilaian tauliah oleh pihak berkuasa agama negeri. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis teks klasik serta penelitian dokumen terhadap prosedur tauliah sedia ada, dengan sokongan analisis isu yang melibatkan tenaga pengajar agama. Kajian ini mencadangkan empat dimensi implementasi khawārim al-murū’ah, iaitu: (1) saringan latar belakang peribadi, (2) penilaian etika media sosial, (3) penilaian kredibiliti integriti, dan (4) pemantauan imej awam. Secara tuntas, kajian ini berpotensi memacu pembangunan kod etika atau piawaian nasional bagi permohonan tauliah mengajar agama di seluruh Malaysia. Post-2020 discourses on the accreditation of religious teaching (tauliah agama) in Malaysia have been dominated by its role as a strategic mechanism for safeguarding theological purity and curbing extremism, while simultaneously addressing enforcement challenges in both physical and virtual spaces. However, the absence of an assessment framework based on the concept of al-murū’ah has led existing instruments to prioritize external competencies such as academic qualifications and popularity, over the internal integrity and personal ethics of applicants. Khawārim al-murū’ah is a classical concept in the disciplines of Islamic Jurisprudence and Hadith studies, referring to conduct that tarnishes one’s dignity, even if it does not explicitly violate sharī‘ah law. This concept is significantly pertinent to the credibility assessment of individuals who serve as religious scholars and dawah activists within society. Therefore, this study aims to analyze the intervention of the khawārim al-murū’ah concept within the contemporary Malaysian context and propose a policy framework for its implementation in the accreditation process by state religious authorities. Utilizing a qualitative research design, this study employs classical text analysis and document reviews of existing accreditation procedures, supported by an analysis of issues involving religious instructors. The study proposes four dimensions for the implementation of khawārim al-murū’ah: (1) personal background screening; (2) assessment of social media ethics; (3) evaluation of credibility and integrity; and (4) monitoring of public image. Ultimately, this research has the potential to drive the development of a national code of ethics or standard for religious teaching accreditation across all states in Malaysia.

Zitieren

APA

Ramlee, Y. (2026). Intervensi konsep Khawārim al-Murū‘ah dalam permohonan tauliah mengajar agama di Malaysia. Ulum Islamiyyah, 68-80. https://doi.org/10.33102/uij.760

Vancouver

Ramlee Y. Intervensi konsep Khawārim al-Murū‘ah dalam permohonan tauliah mengajar agama di Malaysia. Ulum Islamiyyah. 2026:68-80. doi:10.33102/uij.760

BibTeX
@article{Ramlee2026,
  author = {Ramlee, Yasir},
  title = {Intervensi konsep Khawārim al-Murū‘ah dalam permohonan tauliah mengajar agama di Malaysia},
  journal = {Ulum Islamiyyah},
  year = {2026},
  pages = {68--80},
  doi = {10.33102/uij.760}
}
Kostenlos starten →