Pengesahan konstruk garis panduan penggunaan bahasa Arab pada produk makanan halal Malaysia (proKaLaM) untuk pasaran rantau MENA: Kaedah Fuzzy Delphi
Ulum Islamiyyah · 2026
DOI: 10.33102/uij.688 ↗Kurz gefasst
Delphi-Studie in der Zeitschrift Ulum Islamiyyah, 2026. Verfasst von Nor Asyikin Hasan Adali und 4 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC 4.0).
Abstract (Originalsprache)
The Middle East and North Africa (MENA) region is a major contributor to the global halal market. In line with Sustainable Development Goal (SDG) 8, Malaysian halal food manufacturers are actively expanding their market reach into this region. Consequently, the use of the Arabic language has become increasingly significant, as its presence on product packaging must comply with both import standards and consumer expectations in the MENA region. This study was conducted specifically to design and develop a guideline for the use of the Arabic language on Malaysian halal food products (proKaLaM) targeted at the MENA market. The Fuzzy Delphi Method (FDM) was employed to obtain expert consensus on the main constructs of the guideline, which were initially developed through a literature review. A Fuzzy Delphi questionnaire consisting of 12 construct items using a 7-point Likert scale was distributed online to 10 experts in the fields of Arabic language and halal studies. The findings revealed that all proposed main constructs were accepted by the experts, based on established acceptance criteria: threshold (d) value < 0.2, fuzzy score > 0.5, and expert consensus level > 75%. These findings are significant, as the 12 construct items serve as the foundation for the proKaLaM guideline, providing a practical reference for emerging local industry players aiming to explore wider halal food market opportunities in MENA countries. ABSTRAK Rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) merupakan penyumbang utama kepada pasaran halal global. Maka, bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang kelapan, syarikat-syarikat pengeluar makanan halal di Malaysia berlumba-lumba meluaskan jaringan pasaran di sana. Seiring dengan itu, peranan bahasa Arab semakin signifikan kerana penggunaannya pada pembungkusan hendaklah selari dengan kehendak piawaian produk makanan import dan pengguna di rantau tersebut. Justeru, kajian ini dilaksanakan khusus bagi mereka bentuk dan membangunkan garis panduan penggunaan bahasa Arab pada produk makanan halal Malaysia (proKaLaM) untuk pasaran rantau MENA. Dalam kajian ini, kaedah Fuzzy Delphi diimplementasikan bagi mendapatkan konsensus pakar terhadap konstruk-konstruk utama garis panduan yang telah direka bentuk berdasarkan tinjauan literatur. Satu set soal selidik Fuzzy Delphi yang mengandungi 12 item konstruk dengan menggunakan skala likert 7 mata diedarkan kepada 10 orang pakar dalam bidang bahasa Arab dan kajian halal secara dalam talian. Dapatan menunjukkan bahawa kesemua konstruk utama garis panduan yang diusulkan adalah diterima di peringkat pakar berdasarkan prasyarat penerimaan yang ditetapkan iaitu nilai threshold (d) < 0.2, skor fuzzy > 0.5 dan peratus kesepakatan pakar > 75%. Dapatan kajian ini bermakna kerana 12 item konstruk tersebut menjadi pasak terhasilnya garis panduan proKaLaM yang menjadi panduan kepada pemain industri tempatan baharu untuk meneroka peluang pasaran makanan halal yang lebih luas di negara-negara rantau MENA.
Zitieren
APA
Adali, N. A. H., Jabar, M. A. A., Ismail, M. Z., Sulong, W. M. W., & Hassan, A. R. (2026). Pengesahan konstruk garis panduan penggunaan bahasa Arab pada produk makanan halal Malaysia (proKaLaM) untuk pasaran rantau MENA: Kaedah Fuzzy Delphi. Ulum Islamiyyah. https://doi.org/10.33102/uij.688
Vancouver
Adali NAH, Jabar MAA, Ismail MZ, Sulong WMW, Hassan AR. Pengesahan konstruk garis panduan penggunaan bahasa Arab pada produk makanan halal Malaysia (proKaLaM) untuk pasaran rantau MENA: Kaedah Fuzzy Delphi. Ulum Islamiyyah. 2026. doi:10.33102/uij.688
BibTeX
@article{Adali2026,
author = {Adali, Nor Asyikin Hasan and Jabar, Mohd Azidan Abdul and Ismail, Muhd Zulkifli and Sulong, Wan Muhammad Wan and Hassan, Abd Rauf},
title = {Pengesahan konstruk garis panduan penggunaan bahasa Arab pada produk makanan halal Malaysia (proKaLaM) untuk pasaran rantau MENA: Kaedah Fuzzy Delphi},
journal = {Ulum Islamiyyah},
year = {2026},
doi = {10.33102/uij.688}
}
EUVIMED