Noor Hasliza binti Alias lwn Rusli bin Mohamad (No. Kes: 05008-022-0674-2019)
AL-TAQRIR: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan · 31.12.2025 · 1 (1) · 38-46
DOI: 10.33102/altaqrir.12 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift AL-TAQRIR: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan, online erschienen am 31.12.2025. Verfasst von Yuhanis Yusop.
Abstract (Originalsprache)
Plaintif dalam kes ini menuntut untuk mengubah perintah nafkah anak yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban bertarikh 6.3.2018. Dalam kes ini terdapat keperluan perbelanjaan anak-anak tersebut yang kini telah meningkat usia, iaitu anak pertama kini telah mencecah usia 20 tahun dan tinggal bersama Defendan. Pada masa yang material, anak kedua dan anak ketiga tersebut kini berada di bawah jagaan Plaintif dan tinggal bersama Plaintif. Oleh itu, tuntutan-tuntutan perbelanjaan yang dituntut oleh Plaintif adalah khusus kepada anak kedua dan anak ketiga yang masih bersekolah. Defendan dalam kes ini bersetuju dan mengakui bahawa kadar perintah nafkah bertarikh 6.3.2018 adalah perlu diubah berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan dalam Penyata Tuntutan Plaintif. Walau bagaimanapun, jumlah nafkah yang diperuntukkan dikekalkan untuk anak kedua dan anak ketiga. Persoalan yang perlu diputuskan ialah sama ada berlaku perubahan keadaan (material change of circumstances) yang membolehkan Mahkamah mengubah perintah nafkah anak yang berkuat kuasa, serta sama ada jumlah nafkah baharu yang dituntut adalah munasabah selaras dengan keperluan anak-anak dan kemampuan pihak Defendan.
Zitieren
APA
Yusop, Y. (2025). Noor Hasliza binti Alias lwn Rusli bin Mohamad (No. Kes: 05008-022-0674-2019). AL-TAQRIR: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan, 1(1), 38-46. https://doi.org/10.33102/altaqrir.12
Vancouver
Yusop Y. Noor Hasliza binti Alias lwn Rusli bin Mohamad (No. Kes: 05008-022-0674-2019). AL-TAQRIR: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan. 2025;1(1):38-46. doi:10.33102/altaqrir.12
BibTeX
@article{Yusop2025,
author = {Yusop, Yuhanis},
title = {Noor Hasliza binti Alias lwn Rusli bin Mohamad (No. Kes: 05008-022-0674-2019)},
journal = {AL-TAQRIR: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan},
year = {2025},
volume = {1},
number = {1},
pages = {38--46},
doi = {10.33102/altaqrir.12}
}
EUVIMED