EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Nota Penyelidikan/Research Notes Penyertaan Agama Warga Tua Rumah Seri Kenangan Malaysi

ZAINAB ISMAIL, WAN IBRAHIM WAN AHMAD, SITI RUGAYAH TIBEK, IDERIS ENDOT, FARIZA MD. SHAM

Jurnal Pembangunan Sosial · 2010

DOI: 10.32890/jps.13.2010.11340 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Pembangunan Sosial, 2010. Verfasst von ZAINAB ISMAIL und 4 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian lepas menunjukkan penyertaan warga tua dalam aktiviti agama boleh mengurangkan aspek negatif yang banyak dalam kehidupan mereka, seperti kemurungan (Kennedy, Howard, Cynthia & Jiming, 1996), atau meningkatkan kepuasan hidup (Quadagno, 1999), memberikan makna dalam kehidupan (Elmi Baharuddin, 2008), dan kebanyakan warga tua menganggap agama penting dalam kehidupan (Wan Ibrahim Wan Ahmad, 2008). Kajian-kajian ini, kecuali kajian Elmi Baharuddin, dilakukan ke atas warga tua dalam komuniti, bukan warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan. Banyak persoalan boleh ditimbulkan tentang penyertaan warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan dalam aktiviti agama. Tidak ada jawapan yang jelas yang boleh diutarakan tentangnya. Maklumat dalam nota penyelidikan ini diambil daripada hasil awal projek penyelidikan dengan Kod Projek: UKM-PP-04-FRGS0005-2006/04, bertajuk “Penyertaan Agama, Konsep Kendiri dan Keperluan Kaunseling Warga Tua Rumah Seri Kenangan di Malaysia”. Kajian tersebut bertujuan menganalisis penyertaan warga tua dalam amalan agama, mengenal pasti konsep kendiri warga tua dan mengenal pasti indikator yang menunjukkan warga tua memerlukan perkhidmatan kaunseling di Rumah Seri Kenangan. Tumpuan penyelidikan itu adalah ke atas warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan (RSK). Warga tua ialah individu yang berumur 60 tahun dan ke atas. Pengertian ini berasaskan resolusi Perhimpunan Dunia Bangsa- Bangsa Bersatu World Assembly on Aging yang pertama tentang penuaan yang diadakan di Vienna pada tahun 1982. Dalam perhimpunan tersebut, umur “60 tahun dan lebih” digunakan sebagai had umur dalam menentukan trend penuaan, walaupun kebanyakan negara maju menggunakan had umur 65 tahun dan lebih dalam menentukan trend penuaan mereka.

Zitieren

APA

ISMAIL, Z., AHMAD, W. I. W., TIBEK, S. R., ENDOT, I., & SHAM, F. M. (2010). Nota Penyelidikan/Research Notes Penyertaan Agama Warga Tua Rumah Seri Kenangan Malaysi. Jurnal Pembangunan Sosial. https://doi.org/10.32890/jps.13.2010.11340

Vancouver

ISMAIL Z, AHMAD WIW, TIBEK SR, ENDOT I, SHAM FM. Nota Penyelidikan/Research Notes Penyertaan Agama Warga Tua Rumah Seri Kenangan Malaysi. Jurnal Pembangunan Sosial. 2010. doi:10.32890/jps.13.2010.11340

BibTeX
@article{ISMAIL2010,
  author = {ISMAIL, ZAINAB and AHMAD, WAN IBRAHIM WAN and TIBEK, SITI RUGAYAH and ENDOT, IDERIS and SHAM, FARIZA MD.},
  title = {Nota Penyelidikan/Research Notes Penyertaan Agama Warga Tua Rumah Seri Kenangan Malaysi},
  journal = {Jurnal Pembangunan Sosial},
  year = {2010},
  doi = {10.32890/jps.13.2010.11340}
}
Kostenlos starten →