EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Kewajaran Mahkamah bagi Kanak-kanak di Malaysia

Yusramizza Md Isa @ Yusuff, Anis Shuhaiza Md Salleh

Journal of Governance and Development (JGD) · 2007

DOI: 10.32890/jgd2007.3.5 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Governance and Development (JGD), 2007. Verfasst von Yusramizza Md Isa @ Yusuff und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Mahkamah merupakan institusi utama yang menunjangi sistem kehakiman negara bagi membicarakan dan memutuskan keputusan atas sebarang kes jenayah dan sivil. Terdapat pelbagai jenis mahkamah yang telah diwujudkan mengikut jenis-jenis kes yang dihadapkan termasuklah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Mahkamah Bagi Kanak-Kanak ’menggalas’ tanggungjawab bagi membicarakan dan memutuskan keputusan bagi kes-kes melibatkan kanak-kanak. Mahkamah ini dilihat sebagai medium mampan bagi mempertahankan hak-hak kanak-kanak yang telah diiktiraf menurut undang-undang dan sebagai wadah berkesan bagi memulihkan pesalah kanak-kanak yang tersasar daripada norma-norma terpuji kehidupan. Artikel ini digarap bagi membincangkan tentang institusi Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di Malaysia pada masa kini dan kewajaran penubuhannya. Di samping itu, artikel ini akan menghematkan pengupasan perbincangan tentang beberapa aspek berkaitan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di Malaysia termasuklah aspek bidangkuasa, komposisi, persidangan perbicaraan, prosiding mahkamah bagi kes jenayah melibatkan kanak-kanak dan sekatan hukuman. Di akhir artikel ini, penulis menegaskan agar kelangsungan dan kemampanan Mahkamah Bagi kanak-Kanak dipertahankan sepanjang zaman.

Zitieren

APA

Yusuff, Y. M. I., & Salleh, A. S. M. (2007). Kewajaran Mahkamah bagi Kanak-kanak di Malaysia. Journal of Governance and Development (JGD). https://doi.org/10.32890/jgd2007.3.5

Vancouver

Yusuff YMI, Salleh ASM. Kewajaran Mahkamah bagi Kanak-kanak di Malaysia. Journal of Governance and Development (JGD). 2007. doi:10.32890/jgd2007.3.5

BibTeX
@article{Yusuff2007,
  author = {Yusuff, Yusramizza Md Isa @ and Salleh, Anis Shuhaiza Md},
  title = {Kewajaran Mahkamah bagi Kanak-kanak di Malaysia},
  journal = {Journal of Governance and Development (JGD)},
  year = {2007},
  doi = {10.32890/jgd2007.3.5}
}
Kostenlos starten →