EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Memahami dan Mengurus Ekstremisme Agama di Malaysia

Mansor Mohd Noor

Journal of Governance and Development (JGD) · 2005

DOI: 10.32890/jgd2005.1.6 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Governance and Development (JGD), 2005. Verfasst von Mansor Mohd Noor.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Perbahasan tentang Tuhan dan agama terbuka luas untuk dimanipulasi dan diselewengkan oleh manusia hingga boleh membawa kepada kesengsaraan, kezaliman, penindasan dan kehancuran hidup manusia itu sendiri. Kajian telah menunjukkan rakyat Malaysia mungkin berbeza dari segi etnik, budaya dan agama tetapi perbezaan ini tidak primordial atau asas dan mereka diikat oleh ikatan kewarganegaraan dan berkongsi pendapat awam yang sama. Namun, di sebalik kejayaan mengurus masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama ini hingga lahir kemakmuran dan kesejahteraan di negara ini tidak boleh diambil sambil lewa kerana struktur politik kita mempunyai kontradiksi yang tersendiri. Penulis berpendapat kita perlu memahami makna, ciri-ciri, rasional dan pendorong yang ada tentang kenapa kelompok agama bertindak secara ekstremisme perlu diperbahas dan diperjelaskan. Kegagalan memahami imaginasi agama yang mudah terbuka kepada manipulasi manusia berkepentingan hingga berlaku ektremisme dan keganasan telah menyebabkan masalah ini tidak dapat ditangani dengan baik. Penulis berpendapat kita mesti memperkasa individu bukan sahaja dengan wacana wahyu tetapi juga dengan kerangka pemikiran saintifik untuk memahami agama agar kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan dunia dan akhirat dapat dijamin dan bukan menjadi tukang pak turut orang lain. Pengajian agama mesti disepadukan dengan ilmu sains sosial dan sosiologi agama.

Zitieren

APA

Noor, M. M. (2005). Memahami dan Mengurus Ekstremisme Agama di Malaysia. Journal of Governance and Development (JGD). https://doi.org/10.32890/jgd2005.1.6

Vancouver

Noor MM. Memahami dan Mengurus Ekstremisme Agama di Malaysia. Journal of Governance and Development (JGD). 2005. doi:10.32890/jgd2005.1.6

BibTeX
@article{Noor2005,
  author = {Noor, Mansor Mohd},
  title = {Memahami dan Mengurus Ekstremisme Agama di Malaysia},
  journal = {Journal of Governance and Development (JGD)},
  year = {2005},
  doi = {10.32890/jgd2005.1.6}
}
Kostenlos starten →