EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

AI DALAM INDUSTRI KREATIF MALAYSIA: ANALISIS KONSEPTUAL TERHADAP PRODUKTIVITI DAN TRANSFORMASI TENAGA KERJA

Nurhidayah Ghazali, Siti Irna Mustajap

Journal of Creative Industry and Sustainable Culture · 31.10.2026 · 5 · 95-114

DOI: 10.32890/jcisc2026.5.6 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Creative Industry and Sustainable Culture, online erschienen am 31.10.2026. Verfasst von Nurhidayah Ghazali und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Perkembangan pesat kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI), khususnya kecerdasan buatan generatif (Generative Artificial Intelligence, GenAI), telah mengubah landskap industri kreatif melalui automasi, penjanaan kandungan dan peningkatan kecekapan proses kerja. Teknologi AI kini digunakan dalam pelbagai aktiviti kreatif seperti penulisan, reka bentuk grafik, penyuntingan video, animasi, penghasilan muzik, pemasaran digital dan pembangunan kandungan media. Dalam konteks Malaysia, perkembangan ini memberikan peluang kepada industri kreatif untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos pengeluaran dan mempercepat proses penghasilan kandungan. Namun begitu, penggunaan AI turut menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan tenaga kerja tempatan, khususnya pekerjaan yang melibatkan tugasan rutin dan penghasilan kandungan asas. Artikel konseptual ini bertujuan membincangkan peluang dan cabaran revolusi AI terhadap industri kreatif Malaysia dengan memberi tumpuan kepada keseimbangan antara peningkatan produktiviti dan transformasi tenaga kerja. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan literatur berkaitan AI, industri kreatif, tenaga kerja dan dasar AI Malaysia. Perbincangan menunjukkan bahawa AI lebih tepat dilihat sebagai teknologi yang mengubah tugasan dan struktur pekerjaan berbanding sekadar menggantikan pekerja. Penggunaan AI berpotensi meningkatkan produktiviti apabila digabungkan dengan kreativiti, pengalaman dan pertimbangan manusia. Walau bagaimanapun, kebergantungan berlebihan kepada AI boleh meningkatkan risiko kehilangan tugasan tertentu, penyusutan kemahiran asas dan masalah ketulenan kandungan. Artikel ini mencadangkan pendekatan kolaborasi manusia–AI melalui literasi AI, peningkatan kemahiran, transformasi kurikulum dan tadbir urus AI yang beretika bagi memastikan transformasi industri kreatif Malaysia berlaku secara inklusif dan mampan. Dapatan sintesis ini boleh dimanfaatkan oleh organisasi kreatif, institusi pendidikan dan TVET serta pembuat dasar dalam merancang penggunaan AI yang bertanggungjawab. Sumbangan konseptual artikel ialah menghubungkan produktiviti, perubahan tugasan dan kolaborasi manusia–AI dalam kerangka yang mengambil kira kemahiran serta identiti budaya industri kreatif Malaysia. Jurang khusus artikel ini ialah kekurangan sintesis yang menghubungkan bukti produktiviti GenAI dengan perubahan tugasan, pembangunan kemahiran dan kawalan kreatif manusia dalam industri kreatif Malaysia. Kajian tentang pendedahan pekerjaan Malaysia (Cheng et al., 2025) tidak mengukur impak khusus terhadap pekerja kreatif; perbincangan aplikasi media kreatif tempatan (Johari et al., 2025) pula perlu dibaca bersama risiko penyeragaman idea yang diketengahkan dalam literatur kreativiti berbantukan GenAI (Holzner et al., 2025). Oleh itu, artikel ini menawarkan sintesis konseptual dan bukannya anggaran empirikal kesan AI terhadap keseluruhan industri kreatif Malaysia.

Zitieren

APA

Ghazali, N., & Mustajap, S. I. (2026). AI DALAM INDUSTRI KREATIF MALAYSIA: ANALISIS KONSEPTUAL TERHADAP PRODUKTIVITI DAN TRANSFORMASI TENAGA KERJA. Journal of Creative Industry and Sustainable Culture, 5, 95-114. https://doi.org/10.32890/jcisc2026.5.6

Vancouver

Ghazali N, Mustajap SI. AI DALAM INDUSTRI KREATIF MALAYSIA: ANALISIS KONSEPTUAL TERHADAP PRODUKTIVITI DAN TRANSFORMASI TENAGA KERJA. Journal of Creative Industry and Sustainable Culture. 2026;5:95-114. doi:10.32890/jcisc2026.5.6

BibTeX
@article{Ghazali2026,
  author = {Ghazali, Nurhidayah and Mustajap, Siti Irna},
  title = {AI DALAM INDUSTRI KREATIF MALAYSIA: ANALISIS KONSEPTUAL TERHADAP PRODUKTIVITI DAN TRANSFORMASI TENAGA KERJA},
  journal = {Journal of Creative Industry and Sustainable Culture},
  year = {2026},
  volume = {5},
  pages = {95--114},
  doi = {10.32890/jcisc2026.5.6}
}
Kostenlos starten →