REPRESENTASI BUDAYA TRADISIONAL MELALUI MISE-EN-SCENE DALAM FILEM OLA BOLA (2016)
Journal of Creative Industry and Sustainable Culture · 31.10.2026 · 5 · 254-275
DOI: 10.32890/jcisc2026.5.15 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Creative Industry and Sustainable Culture, online erschienen am 31.10.2026. Verfasst von Nazarul Nadia Abdul Ghani und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini meneliti representasi budaya tradisional dalam filem Ola Bola (2016) melalui analisis elemen mise-en-scène. Kajian ini dijalankan berikutan kecenderungan penyelidikan terdahulu yang lebih memfokuskan aspek patriotisme, perpaduan dan identiti nasional, sedangkan pembentukan makna budaya melalui bahasa visual filem masih kurang diterokai. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan visual dengan pemilihan ruang dan lokasi budaya secara purposive sampling. Data dianalisis berdasarkan elemen mise-en-scène yang merangkumi setting, props, kostum, pencahayaan, warna dan blocking melalui tontonan berulang, pembentukan tema serta interpretasi budaya. Dapatan kajian mengenal pasti tiga bentuk utama representasi budaya tradisional, iaitu budaya ruang kediaman, budaya komuniti dan budaya ruang awam. Ketiga-tiga ruang tersebut memperlihatkan bahawa organisasi elemen mise-en-scène bukan sekadar membentuk latar dan estetika penceritaan, tetapi turut menghasilkan makna budaya melalui hubungan antara ruang, objek, watak dan amalan sosial masyarakat. Dari sudut teoretikal, kajian ini memperluas pemahaman terhadap mise-en-scène sebagai mekanisme representasi living traditional culture, iaitu budaya tradisional yang dimaknakan melalui amalan kehidupan harian dan interaksi sosial, bukan semata-mata melalui simbol warisan yang eksplisit. Kajian ini turut menawarkan pendekatan analisis visual yang boleh dimanfaatkan oleh penyelidik media dan pembikin filem dalam memahami serta membina representasi budaya yang lebih kontekstual dalam sinema Malaysia
Zitieren
APA
Ghani, N. N. A., Zolkifle, N. F., & Hassan, N. A. A. (2026). REPRESENTASI BUDAYA TRADISIONAL MELALUI MISE-EN-SCENE DALAM FILEM OLA BOLA (2016). Journal of Creative Industry and Sustainable Culture, 5, 254-275. https://doi.org/10.32890/jcisc2026.5.15
Vancouver
Ghani NNA, Zolkifle NF, Hassan NAA. REPRESENTASI BUDAYA TRADISIONAL MELALUI MISE-EN-SCENE DALAM FILEM OLA BOLA (2016). Journal of Creative Industry and Sustainable Culture. 2026;5:254-275. doi:10.32890/jcisc2026.5.15
BibTeX
@article{Ghani2026,
author = {Ghani, Nazarul Nadia Abdul and Zolkifle, Nur Fatin and Hassan, Nazrul Azha Abu},
title = {REPRESENTASI BUDAYA TRADISIONAL MELALUI MISE-EN-SCENE DALAM FILEM OLA BOLA (2016)},
journal = {Journal of Creative Industry and Sustainable Culture},
year = {2026},
volume = {5},
pages = {254--275},
doi = {10.32890/jcisc2026.5.15}
}
EUVIMED