EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Knowledge and Awareness of Green Skills Among UTHM Students

Nur Diana Azimah Shaharin, Norhasyimah Hamzah

Online Journal for TVET Practitioners · 30.03.2026 · 11 (1)

DOI: 10.30880/ojtp.2026.11.01.001 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Online Journal for TVET Practitioners, online erschienen am 30.03.2026. Verfasst von Nur Diana Azimah Shaharin und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Pengetahuan dan kesedaran mengenai kemahiran hijau adalah penting kerana ia membolehkan pelajar mengaplikasikan prinsip dan amalan lestari dalam kehidupan harian dan pekerjaan mereka, yang seterusnya menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan ekonomi yang mampan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terhadap pelaksanaan kemahiran hijau dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mengumpul data daripada pelajar yang terlibat dalam program TVET di UTHM. Soal selidik yang digunakan telah melalui proses pengesahan kandungan dan ujian kebolehpercayaan untuk memastikan ketepatan dan konsistensi data yang dikumpul. Seramai 125 responden dipilih untuk menjawab soal selidik yang diedarkan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai serta korelasi pearson untuk menentukan tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar mengenai kemahiran hijau. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar UTHM berada pada tahap yang tinggi, serta terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan kesedaran pelajar terhadap kemahiran hijau, di mana pelajar yang mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi tentang kemahiran hijau cenderung untuk mempunyai kesedaran yang lebih tinggi juga. Kajian ini mencadangkan bahawa program pendidikan dan latihan perlu memberi tumpuan yang lebih kepada aspek kemahiran hijau untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar dalam usaha mencapai pembangunan lestari. Kesimpulannya, peningkatan pengetahuan dan kesedaran terhadap kemahiran hijau di kalangan pelajar TVET khususnya adalah kunci untuk memupuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan mampu menghadapi cabaran global berkaitan kelestarian.

Zitieren

APA

Shaharin, N. D. A., & Hamzah, N. (2026). Knowledge and Awareness of Green Skills Among UTHM Students. Online Journal for TVET Practitioners, 11(1). https://doi.org/10.30880/ojtp.2026.11.01.001

Vancouver

Shaharin NDA, Hamzah N. Knowledge and Awareness of Green Skills Among UTHM Students. Online Journal for TVET Practitioners. 2026;11(1). doi:10.30880/ojtp.2026.11.01.001

BibTeX
@article{Shaharin2026,
  author = {Shaharin, Nur Diana Azimah and Hamzah, Norhasyimah},
  title = {Knowledge and Awareness of Green Skills Among UTHM Students},
  journal = {Online Journal for TVET Practitioners},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {1},
  doi = {10.30880/ojtp.2026.11.01.001}
}
Kostenlos starten →