EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY-NC 4.0

STRATEGI KOMUNIKASI KEDERMAWANAN DALAM KALANGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL BERPENGARUH (SOCIAL MEDIA INFLUENCER) DI MALAYSIA

Muaz Mohd Noor, S. Salahudin Suyurno, Rawi Nordin, Mohd Zaid Mustafar, Muhammad Taufik Md Sharipp, Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz

Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance · 2024

DOI: 10.24191/jipsf.v2i1.3886 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance, 2024. Verfasst von Muaz Mohd Noor und 5 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Media sosial merupakan salah satu wahana yang mempunyai peranan besar dalam kehidupan masyarakat kini berbanding dengan media lainnya. Seseorang yang mampu menggunakan media sosial untuk menjana perbincangan atau mempengaruhi pengikut-pengikut mereka digelar sebagai Social Influencer (pengguna media sosial berpengaruh). Biasanya mereka adalah orang yang berbakat, berpengetahuan, dan mempunyai pengalaman yang memberi inspirasi kepada orang-orang di sekeliling mereka sama ada keluarga, rakan-rakan atau dari kalangan pengikut (follower) mereka. Hampir kebanyakan dari kalangan mereka dilihat sangat terkehadapan dari sudut kebajikan sosial dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan, sehingga memberi inspirasi kepada ramai orang. Kajian ini bertujuan untuk mengukur strategi media sosial dalam membudayakan sikap kedermawanan, seterusnya mengkaji bentuk atau elemen komunikasi kedermawanan dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya dalam kalangan mereka yang berpengaruh (Social Influencer), seperti Instagram influencers (instafamous), YouTube influencers, Twitter dan lain sebagainya. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu kaedah dokumentasi dan observasi, iaitu melakukan pengamatan langsung (termasuk temubual) terhadap pengamal media sosial berpengaruh. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan media sosial dengan strategi komunikasi yang berkesan, sangat efektif dalam membentuk budaya kedermawanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Zitieren

APA

Noor, M. M., Suyurno, S. S., Nordin, R., Mustafar, M. Z., Sharipp, M. T. M., & Aziz, M. K. N. M. (2024). STRATEGI KOMUNIKASI KEDERMAWANAN DALAM KALANGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL BERPENGARUH (SOCIAL MEDIA INFLUENCER) DI MALAYSIA. Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance. https://doi.org/10.24191/jipsf.v2i1.3886

Vancouver

Noor MM, Suyurno SS, Nordin R, Mustafar MZ, Sharipp MTM, Aziz MKNM. STRATEGI KOMUNIKASI KEDERMAWANAN DALAM KALANGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL BERPENGARUH (SOCIAL MEDIA INFLUENCER) DI MALAYSIA. Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance. 2024. doi:10.24191/jipsf.v2i1.3886

BibTeX
@article{Noor2024,
  author = {Noor, Muaz Mohd and Suyurno, S. Salahudin and Nordin, Rawi and Mustafar, Mohd Zaid and Sharipp, Muhammad Taufik Md and Aziz, Mohd Khairul Nizam Mohd},
  title = {STRATEGI KOMUNIKASI KEDERMAWANAN DALAM KALANGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL BERPENGARUH (SOCIAL MEDIA INFLUENCER) DI MALAYSIA},
  journal = {Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance},
  year = {2024},
  doi = {10.24191/jipsf.v2i1.3886}
}
Kostenlos starten →