EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY-NC 4.0

RELEVANSI PENGGUNAAN KONSEP ISTIBDAL DALAM WAKAF TUNAI: KAJIAN TERHADAP PROJEK BAITUL AWQAF UITM CAWANGAN MELAKA

Norajila Che Man, Nor Azlina Abd Wahab, Norafifah Ab Hamid, Noormala Rabu, Rawi Nordin

Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance · 2024

DOI: 10.24191/jipsf.v1i1.3882 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance, 2024. Verfasst von Norajila Che Man und 4 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Pembangunan hartanah wakaf merupakan aspek yang sangat ditekankan dalam Islam. Secara umumnya, pada tahun 2016 terdapat sejumlah 11,091.82 hektar tanah wakaf yang terbiar, tidak dimajukan dan tidak diurus dengan baik di Malaysia oleh pihak yang bertanggungjawab. Menurut statistik Yayasan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) sehingga Jun 2019, dianggarkan 30000 hektar tanah telah diwakafkan di seluruh negara. Namun hanya 13 peratus sahaja tanah wakaf tersebut dimajukan dan dibangunkan. Bagi menangani masalah ini, Islam membenarkan konsep istibdal dilakukan terhadap harta wakaf tersebut. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan memfokuskan kepada aspek keharusan penggunaan istibdal terhadap harta wakaf tunai dan isu- isu berkaitan istibdal tunai. Kajian ini juga akan meneliti kebolehgunaan konsep istibdal dalam projek Baitul Awqaf di UiTMCM. Data dan maklumat kajian ini diperoleh menerusi penelitian terhadap sumber primer dan sekunder yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa konsep istibdal wakaf diterima pakai oleh jumhur ulama yang terdahulu dan masa kini, sama ada mauquf tersebut terdiri daripada harta alih atau tak alih. Dengan keharusan istibdal yang diberikan oleh para fuqaha maka segala masalah berkaitan dengan pembangunan harta wakaf dapat diselesaikan dengan mengikut syarat-syarat dan cara yang dibenarkan

Zitieren

APA

Man, N. C., Wahab, N. A. A., Hamid, N. A., Rabu, N., & Nordin, R. (2024). RELEVANSI PENGGUNAAN KONSEP ISTIBDAL DALAM WAKAF TUNAI: KAJIAN TERHADAP PROJEK BAITUL AWQAF UITM CAWANGAN MELAKA. Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance. https://doi.org/10.24191/jipsf.v1i1.3882

Vancouver

Man NC, Wahab NAA, Hamid NA, Rabu N, Nordin R. RELEVANSI PENGGUNAAN KONSEP ISTIBDAL DALAM WAKAF TUNAI: KAJIAN TERHADAP PROJEK BAITUL AWQAF UITM CAWANGAN MELAKA. Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance. 2024. doi:10.24191/jipsf.v1i1.3882

BibTeX
@article{Man2024,
  author = {Man, Norajila Che and Wahab, Nor Azlina Abd and Hamid, Norafifah Ab and Rabu, Noormala and Nordin, Rawi},
  title = {RELEVANSI PENGGUNAAN KONSEP ISTIBDAL DALAM WAKAF TUNAI: KAJIAN TERHADAP PROJEK BAITUL AWQAF UITM CAWANGAN MELAKA},
  journal = {Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance},
  year = {2024},
  doi = {10.24191/jipsf.v1i1.3882}
}
Kostenlos starten →