EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Kuantum Pampasan Kecederaan Diri Kes Kemalangan Jalan Raya :

Siti Khadijah Mohd Khair, Nuarrual Hilal Md Dahlan

Jurnal Intelek · 2019

DOI: 10.24191/ji.v14i2.209 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Intelek, 2019. Verfasst von Siti Khadijah Mohd Khair und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit wurde bisher 1-mal zitiert (Crossref). Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Objektif utama di dalam praktis insurans adalah demi menegakkan hubungan kerjasama bersama diantara pemegang polisi dan syarikat insurans bagi menyediakan satu bentuk perlindungan dan jaminanmaterial terhadap sesuatu risiko yang tidak dapat dijangkakan bagi tuntutan pampasan ganti rugimelibatkan kemalangan jalan raya. Akan tetapi, pihak-pihak hendaklah tidak menjadikan ia sebagai satupeluang untuk mendapatkan sejumlah award pampasan kerugian yang tidak dapat dijangkakan. Objektifkajian ini adalah untuk mendiskusi secara menyeluruh kaedah pemberian kuantum pampasan ganti rugikecederaan diri kes kemalangan jalan raya menurut perundangan Islam dan prinsip undang-undangsivil. Bentuk kajian menggunakan kaedah perbandingan daripada sebuah kajian kes yang dipilih bagimenganalisa isu-isu perbezaan dan persamaan berkenaan kuantum pampasan kecederaan diri menurutperundangan Islam dan praktis semasa Takaful yang juga berdasarkan sistem undang-undang sivildengan menggunakan pendekatan kualitatif. Dapatan menunjukkan bahawa secara praktis, Mahkamahberkecenderungan untuk memberikan award kerugian yang tidak memadai kadarnya berdasarkan kes-kesyang telah diputuskan berhubung kuantum kecederaan diri kes kemalangan jalan raya khasnyaberbanding kuantum pampasan di dalam perundangan Islam bersumberkan Al-Quran, sunnah, qiyas danmasalih mursalah yang lebih telus dan adil kepada mangsa-mangsa kemalangan. Oleh yang demikian,satu pengharmonian dalam pemberian award pampasan ganti rugi menurut perundangan Islam dapatdilaksanakan agar ia lebih komprehensif demi memberikan keadilan dan perlindungan di pihak mangsadi samping tidak membebankan pihak insurans serta negara. Kata kunci: award kerugian yang tidak mencukupi, kuantum pampasan kecederaan diri, perundanganIslam, praktis semasa Takaful, undang-undang sivil

Zitieren

APA

Khair, S. K. M., & Dahlan, N. H. M. (2019). Kuantum Pampasan Kecederaan Diri Kes Kemalangan Jalan Raya :. Jurnal Intelek. https://doi.org/10.24191/ji.v14i2.209

Vancouver

Khair SKM, Dahlan NHM. Kuantum Pampasan Kecederaan Diri Kes Kemalangan Jalan Raya :. Jurnal Intelek. 2019. doi:10.24191/ji.v14i2.209

BibTeX
@article{Khair2019,
  author = {Khair, Siti Khadijah Mohd and Dahlan, Nuarrual Hilal Md},
  title = {Kuantum Pampasan Kecederaan Diri Kes Kemalangan Jalan Raya :},
  journal = {Jurnal Intelek},
  year = {2019},
  doi = {10.24191/ji.v14i2.209}
}
Kostenlos starten →