Konsep (Ta’dib) dalam pendidikan Islam berdasarkan pemikiran al-Ghazali dan al-Attas
Journal of Contemporary Islamic Studies · 21.04.2026 · 12 (1) · 98-105
DOI: 10.24191/jcis.v12i1.8 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Contemporary Islamic Studies, online erschienen am 21.04.2026. Verfasst von Haslinawati Mohd Yusop und 1 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Para sarjana Islam telah mendefinisikan pendidikan menggunakan pelbagai istilah. Sebagai contoh, al-Ghazali dan al-Attas secara mendalam membincangkan konsep pendidikan dalam Islam melalui penggunaan istilah ta’dib. Mereka menekankan bahawa tujuan utama pendidikan Islam terletak pada membentuk akhlak serta budi pekerti yang mulia berasaskan ilmu yang benar. Dalam konsep adab, kedua-dua elemen ilmu dan amal saling berkaitan, manakala proses menanamkan adab dikenali sebagai ta’dib. Hasilnya, pendidikan ini melahirkan individu beradab, iaitu mereka yang insaf dan sedar akan tanggungjawab terhadap Pencipta, Allah dan Rasul-Nya, serta berusaha mengecapi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Individu ini juga melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh keikhlasan, mematuhi nilai akhlak serta syariat Islam. Maka, pemahaman tentang konsep ta’dib perlu diberikan pengamatan teliti oleh para pendidik bagi mencorakkan akhlak yang luhur berlandaskan ilmu yang sahih. Artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan terhadap karya al-Ghazali dan al-Attas. Dapatan daripada pemikiran kedua-dua tokoh ini menunjukkan bahawa konsep dan pendekatan ta’dib selaras dengan matlamat falsafah pendidikan Islam yang bertujuan melahirkan insan beradab dan berakhlak tinggi, mencontohi sifat al-Insan al-Kamil, iaitu Nabi Muhammad SAW.
Zitieren
APA
Yusop, H. M., & Arshad, A. M. (2026). Konsep (Ta’dib) dalam pendidikan Islam berdasarkan pemikiran al-Ghazali dan al-Attas. Journal of Contemporary Islamic Studies, 12(1), 98-105. https://doi.org/10.24191/jcis.v12i1.8
Vancouver
Yusop HM, Arshad AM. Konsep (Ta’dib) dalam pendidikan Islam berdasarkan pemikiran al-Ghazali dan al-Attas. Journal of Contemporary Islamic Studies. 2026;12(1):98-105. doi:10.24191/jcis.v12i1.8
BibTeX
@article{Yusop2026,
author = {Yusop, Haslinawati Mohd and Arshad, Asmaa Mohd},
title = {Konsep (Ta’dib) dalam pendidikan Islam berdasarkan pemikiran al-Ghazali dan al-Attas},
journal = {Journal of Contemporary Islamic Studies},
year = {2026},
volume = {12},
number = {1},
pages = {98--105},
doi = {10.24191/jcis.v12i1.8}
}
EUVIMED