EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY-NC 4.0

Tinjauan Terhadap Potensi Pengelasan Tahap Kesukaran Pembelajaran Sebagai Panduan Pembelajaran Sesuatu Kursus

Mohd Fairuz Bachok, Farah Wahida Mohd Latib, Amminudin Ab. Latif

Gading Journal for the Social Sciences (e-ISSN 2600-7568) · 15.03.2024 · 27 · 58-65

DOI: 10.24191/gading.v27i0.446 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Gading Journal for the Social Sciences (e-ISSN 2600-7568), online erschienen am 15.03.2024. Verfasst von Mohd Fairuz Bachok und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kejayaan di dalam pencapaian akademik memerlukan persediaan pembelajaran yang berkesan. Ini kerana proses penilaian akademik tidak lagi berpaksikan kepada peperiksaan semata-mata tetapi merangkumi pelbagai bentuk penilaian terhadap kemahiran generik. Pihak majikan meletakkan pencapaian akademik yang cemerlang sebagai salah satu kriteria utama pengambilan tenaga kerja dengan tanggapan pelajar yang cemerlang di dalam pencapaian akademik adalah pelajar yang dapat menguasai kemahiran generik dengan baik. Disebabkan hal ini, maka suatu inisiatif sebagai alatan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Kampus Pasir Gudang. Pengelasan tahap kesukaran pembelajaran diperkenalkan bertujuan untuk perlabelan kursus dalam program, topik dalam kursus dan sub-topik dalam topik mengikut tahap kesukaran pembelajaran dari sangat mudah ke sukar. Melalui perlabelan ini, para pelajar dapat membuat perancangan pembelajaran dengan memberi lebih tumpuan dan masa kepada kursus, topik dan sub-topik yang di kategorikan sebagai sukar. Kesinambungan dengan itu, tinjauan untuk melihat potensi inisiatif ini dilakukan terhadap kumpulan sasaran pengguna sebelum langkah seterusnya diambil untuk pemantauan keberkesanannya sebelum digunapakai secara meluas. Seramai 50 orang pelajar program Diploma Kejuruteraan Awam sebagai responden ditemubual berdasarkan instrumen set soal-selidik bagi mengetahui persepsi terhadap cadangan perlabelan dan potensi sebagai alatan sokongan proses pengajaran dan pembelajaran. Responden bersetuju bahawa perlabelan yang dicadangkan adalah bersesuaian dan tersedia untuk digunapakai dengan tahap persetujuan melebihi 90%. Manakala, persepsi potensi pula, purata skor min > 4.5 (sangat setuju) dan tahap signifikan ujian-t, p = 0.027 yang bermakna para responden bersetuju bahawa inisiatif ini berkeupayaan untuk mencapai objektifnya dan akan memberikan kesan yang lebih positif sekiranya digunapakai. Walaupun sekecil mana usaha yang dilakukan, sewajarnya para pendidik harus terus berusaha untuk memberi sumbangan dalam pembangunan inisiatif-inisiatif yang dapat dimanfaat oleh para pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi mempertingkatkan peluang kemudahan pasaran dan kebolehpasaran mereka di dalam industri pekerjaan sebenar.

Zitieren

APA

Bachok, M. F., Latib, F. W. M., & Latif, A. A. (2024). Tinjauan Terhadap Potensi Pengelasan Tahap Kesukaran Pembelajaran Sebagai Panduan Pembelajaran Sesuatu Kursus. Gading Journal for the Social Sciences (e-ISSN 2600-7568), 27, 58-65. https://doi.org/10.24191/gading.v27i0.446

Vancouver

Bachok MF, Latib FWM, Latif AA. Tinjauan Terhadap Potensi Pengelasan Tahap Kesukaran Pembelajaran Sebagai Panduan Pembelajaran Sesuatu Kursus. Gading Journal for the Social Sciences (e-ISSN 2600-7568). 2024;27:58-65. doi:10.24191/gading.v27i0.446

BibTeX
@article{Bachok2024,
  author = {Bachok, Mohd Fairuz and Latib, Farah Wahida Mohd and Latif, Amminudin Ab.},
  title = {Tinjauan Terhadap Potensi Pengelasan Tahap Kesukaran Pembelajaran Sebagai Panduan Pembelajaran Sesuatu Kursus},
  journal = {Gading Journal for the Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)},
  year = {2024},
  volume = {27},
  pages = {58--65},
  doi = {10.24191/gading.v27i0.446}
}
Kostenlos starten →