EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY-NC-ND 4.0

MENINJAU SEMULA KONSEP FITRAH MANUSIA DALAM AL-QURAN: SUATU PENELITIAN FALSAFAH DAN PSIKOLOGI

Wan Hakimy Putra Wan Asrul Affendi, Abdul Rahman, Madihah Mohd Zain, Siti Anisa Mohd Anuar, Wan Asrul Affendi Wan Hussin

E-Journal of Islamic Thought & Understanding · 19.10.2026 · 9 (2) · 167-185

DOI: 10.24191/e77zsq24 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift E-Journal of Islamic Thought & Understanding, online erschienen am 19.10.2026. Verfasst von Wan Hakimy Putra Wan Asrul Affendi und 4 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-ND 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Konsep fitrah merupakan asas penting dalam memahami hakikat manusia menurut al-Quran serta mempunyai hubungan yang signifikan dengan perbahasan falsafah dan psikologi. Namun, kebanyakan kajian terdahulu membincangkan fitrah secara berasingan mengikut disiplin tertentu tanpa mengintegrasikan perspektif wahyu, falsafah dan psikologi secara menyeluruh. Justeru, kajian ini bertujuan menilai semula secara kritis konsep fitrah manusia dalam al-Quran melalui pendekatan falsafah dan psikologi dengan meneliti asas ontologinya, faktor yang mempengaruhi perkembangannya, serta kerelevanannya sebagai asas antropologi Islam dan kesejahteraan psikologi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian perpustakaan melalui analisis artikel jurnal, karya akademik dan kajian terdahulu yang dipilih berdasarkan kerelevanan dan kredibiliti akademik. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa fitrah merujuk kepada kecenderungan semula jadi manusia terhadap tauhid, kebenaran dan nilai moral yang baik serta berfungsi sebagai potensi dinamik yang dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran. Kajian ini turut mendapati bahawa konsep fitrah menawarkan kerangka antropologi yang komprehensif dengan mengintegrasikan dimensi jasmani, intelektual, emosi dan spiritual secara lebih menyeluruh berbanding banyak pendekatan falsafah dan psikologi kontemporari. Selain itu, fitrah berfungsi sebagai kerangka integratif yang menghubungkan wahyu, akal dan pengalaman dalam memahami hakikat manusia secara menyeluruh. Kajian ini menyimpulkan bahawa konsep fitrah menyumbang kepada pembangunan teori psikologi Islam kontemporari melalui penyediaan model bersepadu bagi memahami identiti, akhlak dan kesejahteraan psikologi manusia.

Zitieren

APA

Affendi, W. H. P. W. A., Rahman, A., Zain, M. M., Anuar, S. A. M., & Hussin, W. A. A. W. (2026). MENINJAU SEMULA KONSEP FITRAH MANUSIA DALAM AL-QURAN: SUATU PENELITIAN FALSAFAH DAN PSIKOLOGI. E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 9(2), 167-185. https://doi.org/10.24191/e77zsq24

Vancouver

Affendi WHPWA, Rahman A, Zain MM, Anuar SAM, Hussin WAAW. MENINJAU SEMULA KONSEP FITRAH MANUSIA DALAM AL-QURAN: SUATU PENELITIAN FALSAFAH DAN PSIKOLOGI. E-Journal of Islamic Thought & Understanding. 2026;9(2):167-185. doi:10.24191/e77zsq24

BibTeX
@article{Affendi2026,
  author = {Affendi, Wan Hakimy Putra Wan Asrul and Rahman, Abdul and Zain, Madihah Mohd and Anuar, Siti Anisa Mohd and Hussin, Wan Asrul Affendi Wan},
  title = {MENINJAU SEMULA KONSEP FITRAH MANUSIA DALAM AL-QURAN: SUATU PENELITIAN FALSAFAH DAN PSIKOLOGI},
  journal = {E-Journal of Islamic Thought & Understanding},
  year = {2026},
  volume = {9},
  number = {2},
  pages = {167--185},
  doi = {10.24191/e77zsq24}
}
Kostenlos starten →