EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Isu-isu alam sekitar di Malaysia menurut pandangan pakar: satu analisis perbandingan berdasarkan tafsir Al-Misbah

‘IMAADUDDIN ABDUL HALIM

BORNEO AKADEMIKA · 2020

DOI: 10.24191/ba/v4i2/35343 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift BORNEO AKADEMIKA, 2020. Verfasst von ‘IMAADUDDIN ABDUL HALIM.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kewujudan pelbagai isu alam sekitar di Malaysia sejak kebelakangan ini telah menarik minat pelbagai pihak. Isu-isu ini melibatkan pelbagai sudut dan aspek dalam lingkungan alam sekitar termasuklah dari segi pencemaran, pengeksploitasian sumber alam sehinggalah kepada sikap masyarakat sendiri. Jika direnungi sedalam-dalamnya, isu-isu ini berpunca daripada perlakuan manusia itu sendiri terhadap alam sekeliling. Tambahan pula pada zaman teknologi ini, terdapat permintaan yang semakin tinggi terhadap sumber-sumber alam untuk digunakan dalam pelbagai perkara dan benda. Ini secara tidak langsung membawa masalah tekanan terhadap keupayaan bumi untuk membekalkan sumber-sumber kepada permintaan-permintaan ini. Itu belum lagi termasuk dengan pengekploitasian manusia secara tamak dan rakus terhadap sumber bahan-bahan mentah bumi. Kesannya, maka wujudlah pelbagai isu yang berkaitan dengan alam sekitar samada di tanah, air dan udara. Kesan daripadanya juga melahirkan pelbagai masalah seperti bencana alam, kerosakan ekosistem bumi malahan memberi mudarat kepada kesihatan manusia itu sendiri. Dari perspektif Islam dengan menjadikan al-Quran sebagai rujukan, ia mampu menjadi alternatif dalam mengelak daripada berlakunya kemusnahan alam sekitar ini jika seseorang itu tahu amanah atau tanggungjawab sebagai khalifah dibumi ini. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh pakar-pakar berkaitan serta membandingkannya dengan M. Quraish Shihab dalam Tafsir al-Misbah. Berdasarkan kaedah analisis kandungan dan temu bual tidak berstruktur, artikel ini akan menjawab persoalan-persoalan tersebut. Dapatan perbincangan menunjukkan pandangan-pandangan dikemukakan oleh pakar-pakar tersebut adalah selari pentafsiran ayat al-Quran dalam tafsir al-Misbah.

Zitieren

APA

HALIM, I. A. (2020). Isu-isu alam sekitar di Malaysia menurut pandangan pakar: satu analisis perbandingan berdasarkan tafsir Al-Misbah. BORNEO AKADEMIKA. https://doi.org/10.24191/ba/v4i2/35343

Vancouver

HALIM IA. Isu-isu alam sekitar di Malaysia menurut pandangan pakar: satu analisis perbandingan berdasarkan tafsir Al-Misbah. BORNEO AKADEMIKA. 2020. doi:10.24191/ba/v4i2/35343

BibTeX
@article{HALIM2020,
  author = {HALIM, ‘IMAADUDDIN ABDUL},
  title = {Isu-isu alam sekitar di Malaysia menurut pandangan pakar: satu analisis perbandingan berdasarkan tafsir Al-Misbah},
  journal = {BORNEO AKADEMIKA},
  year = {2020},
  doi = {10.24191/ba/v4i2/35343}
}
Kostenlos starten →