EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY-NC-ND 4.0

ISLAMIC MICROFINANCE SEBAGAI INSTRUMEN PEMBASMIAN KEMISKINAN: ANALISIS KONSEPTUAL BERASASKAN PRINSIP SYARIAH

Aemy Aziz, Hadenan Towpek, Muhammad Azizur Rahman Ramli, Munirah Zakaria, Syazwani Abd Rahim

E-Journal of Islamic Thought & Understanding · 01.04.2026 · 9 (1) · 1-12

DOI: 10.24191/55xjvy80 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift E-Journal of Islamic Thought & Understanding, online erschienen am 01.04.2026. Verfasst von Aemy Aziz und 4 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-ND 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Islamic microfinance atau kewangan mikro Islam merujuk kepada pendekatan kewangan yang berasaskan prinsip Syariah, bertujuan menyediakan akses kepada pembiayaan, simpanan, dan perlindungan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah serta komuniti terpinggir tanpa melibatkan unsur riba, gharar, dan maysir. Dalam konteks negara majoriti Muslim, Islamic microfinance semakin mendapat perhatian sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi yang signifikan kerana keupayaannya menangani isu kemiskinan secara lebih menyeluruh dan beretika berbanding pendekatan kewangan konvensional. Pendekatan ini bukan sahaja berfungsi sebagai mekanisme ekonomi, malah mengintegrasikan nilai sosial dan moral Islam yang menekankan keadilan, kebajikan, dan tanggungjawab kolektif terhadap kesejahteraan ummah. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pelaksanaan Islamic microfinance berpotensi meningkatkan pendapatan isi rumah golongan miskin, memperkukuh pemerkasaan ekonomi melalui aktiviti keusahawanan mikro, mengurangkan kebergantungan kepada sumber kewangan tidak formal, serta menyumbang kepada pengurangan jurang ketidaksamaan sosioekonomi. Selain itu, integrasi instrumen kewangan sosial Islam seperti zakat dan wakaf dalam kerangka Islamic microfinance turut memperkukuh impaknya sebagai alat pembasmian kemiskinan yang mampan dan inklusif. Keberkesanan pendekatan ini sejajar dengan objektif maqāṣid al-Syariah, khususnya dalam aspek pemeliharaan harta (ḥifẓ al-māl) dan kesejahteraan manusia (ḥifẓ al-nafs), yang menekankan keadilan sosial dan keseimbangan ekonomi. Penulisan ini bertujuan membahaskan secara konseptual peranan Islamic microfinance sebagai instrumen pembasmian kemiskinan, dengan meneliti konsep, ciri utama, asas Syariah, dan mekanisme pelaksanaannya di negara-negara majoriti Muslim. Diharapkan perbincangan ini dapat menyumbang kepada pemahaman lebih mendalam mengenai peranan Islamic microfinance dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi Islam yang berteraskan keadilan sosial dan kesejahteraan masyarakat secara mampan. Kata kunci: Islamic microfinance, pembasmian kemiskinan, maqāṣid al-Syariah, pemerkasaan ekonom, pembangunan sosioekonomi

Zitieren

APA

Aziz, A., Towpek, H., Ramli, M. A. R., Zakaria, M., & Rahim, S. A. (2026). ISLAMIC MICROFINANCE SEBAGAI INSTRUMEN PEMBASMIAN KEMISKINAN: ANALISIS KONSEPTUAL BERASASKAN PRINSIP SYARIAH. E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 9(1), 1-12. https://doi.org/10.24191/55xjvy80

Vancouver

Aziz A, Towpek H, Ramli MAR, Zakaria M, Rahim SA. ISLAMIC MICROFINANCE SEBAGAI INSTRUMEN PEMBASMIAN KEMISKINAN: ANALISIS KONSEPTUAL BERASASKAN PRINSIP SYARIAH. E-Journal of Islamic Thought & Understanding. 2026;9(1):1-12. doi:10.24191/55xjvy80

BibTeX
@article{Aziz2026,
  author = {Aziz, Aemy and Towpek, Hadenan and Ramli, Muhammad Azizur Rahman and Zakaria, Munirah and Rahim, Syazwani Abd},
  title = {ISLAMIC MICROFINANCE SEBAGAI INSTRUMEN PEMBASMIAN KEMISKINAN: ANALISIS KONSEPTUAL BERASASKAN PRINSIP SYARIAH},
  journal = {E-Journal of Islamic Thought & Understanding},
  year = {2026},
  volume = {9},
  number = {1},
  pages = {1--12},
  doi = {10.24191/55xjvy80}
}
Kostenlos starten →