EUVIMEDEUVIMED entdecken
Leitlinie

Cadangan Pembinaan Garis Panduan Pembinaan Sahsiah Murid Melalui E-Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Proposed Guidelines for Developing Student Character through E-Learning in Islamic Education for Primary Schools

Nur Eliza Mohd Noor, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Yusmini Md. Yusoff (Author)

Journal of Islamic Education · 2024

DOI: 10.22452/jier.vol10no1.3 ↗

Kurz gefasst

Leitlinie in der Zeitschrift Journal of Islamic Education, 2024. Verfasst von Nur Eliza Mohd Noor und 2 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

E-pembelajaran atau konsep pembelajaran secara dalam talian merupakan pendekatan baharu dalam pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan di Malaysia. Kajian lepas menunjukkan bahawa pengaplikasian e-pembelajaran bagi menggantikan sesi pembelajaran bersemuka secara fizikal di dalam kelas memberikan beberapa implikasi kepada perkembangan sahsiah murid. Ketiadaan garis panduan e-pembelajaran yang khusus dari aspek pembinaan sahsiah murid menyebabkan guru kurang bersedia dan kurang berpuas hati dengan perkembangan sahsiah murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan melalui medium e-pembelajaran. Garis panduan e-pembelajaran yang sedia ada kebanyakannya lebih tertumpu kepada pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi. Namun begitu, walaupun garis panduan e-pembelajaran sedia ada telah dikeluarkan namun, didapati pelajar-pelajar masih gagal untuk mengikuti garis panduan tersebut sebagai warga digital yang betul. Ini menunjukkan masih terdapat kelompangan dari segi garis panduan e-pembelajaran sedia ada dalam menjadikan pelajar sebagai warga digital yang berhemah. Oleh itu, dengan menggunakan perisian Nvivo versi 1.7, kajian ini dijalankan terhadap Guru Pendidikan Islam sekolah rendah untuk mengkaji sejauh mana garis panduan e-pembelajaran sedia ada membantu mereka dalam melaksanakan tanggungjawab membina sahsiah murid melalui pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah secara dalam talian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat keperluan dalam membuat penambahbaikan garis panduan sedia ada bagi tujuan pembinaan sahsiah murid melalui e-pembelajaran Pendidikan Islam berdasarkan permasalahan dan isu-isu yang dihadapi oleh guru semasa pelaksanaan e-pembelajaran. Oleh itu, diharapkan cadangan garis panduan pembinaan sahsiah murid sekolah rendah dalam pengaplikasian e-pembelajaran Pendidikan Islam dapat memberi informasi terbaharu kepada guru Pendidikan Islam khususnya yang bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah murid.

Zitieren

APA

Noor, N. E. M., Kasim, T. S. A. T., & (Author), Y. M. Y. (2024). Cadangan Pembinaan Garis Panduan Pembinaan Sahsiah Murid Melalui E-Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Proposed Guidelines for Developing Student Character through E-Learning in Islamic Education for Primary Schools. Journal of Islamic Education. https://doi.org/10.22452/jier.vol10no1.3

Vancouver

Noor NEM, Kasim TSAT, (Author) YMY. Cadangan Pembinaan Garis Panduan Pembinaan Sahsiah Murid Melalui E-Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Proposed Guidelines for Developing Student Character through E-Learning in Islamic Education for Primary Schools. Journal of Islamic Education. 2024. doi:10.22452/jier.vol10no1.3

BibTeX
@article{Noor2024,
  author = {Noor, Nur Eliza Mohd and Kasim, Tengku Sarina Aini Tengku and (Author), Yusmini Md. Yusoff},
  title = {Cadangan Pembinaan Garis Panduan Pembinaan Sahsiah Murid Melalui E-Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Proposed Guidelines for Developing Student Character through E-Learning in Islamic Education for Primary Schools},
  journal = {Journal of Islamic Education},
  year = {2024},
  doi = {10.22452/jier.vol10no1.3}
}
Kostenlos starten →