Keberkesanan dan Praktikal Ujian Simulasi dan Ujian Lisan dalam Penilaian Kursus Bahasa Mandarin Effectiveness and Practicality of Simulation Tests and Oral Tests in the Assessment of Mandarin Language Courses
Journal of Chinese Literature and Culture · 30.06.2021 · 9 (1) · 31-49
DOI: 10.22452/jclc.vol9no1.2 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Chinese Literature and Culture, online erschienen am 30.06.2021. Verfasst von Ming Ming NGIEN.
Abstract (Originalsprache)
Abstrak Pandemik Covid-19 telah mengubah landskap pendidikan dari pembelajaran tradisional kepada pembelajaran secara atas talian. Pelajar bukan sahaja perlu menyesuaikan diri dengan norma baru ini, bahkan pendidik juga tidak dikecualikan. Kebanyakan pendidik bukan sahaja perlu melakukan aktiviti pengajaran secara atas talian, juga perlu mengalih penilaian akademik dalam talian. Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan dan praktikal ujian simulasi dan ujian lisan dalam penilaian kursus Bahasa Mandarin. Pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Teknologi dan Pengurusan Perladangan UiTM cawangan Sarawak yang mengambil kursus Bahasa Mandarin Permulaan Tahap 1 sebagai subjek kajian. Instrumen kajian adalah dua kaedah ujian iaitu ujian simulasi main peranan dan ujian lisan soal jawab. Dalam pendekatan komunikatif telah menekankan penguasaan dan penggunaan bahasa yang dipelajari sebagai alat komunikasi harian, penilaian adalah penting untuk mengukur keupayaan pelajar untuk menguasai bahasa ketiga yang mereka pelajari. Sintaksis, konsonan awalan, fonem akhiran dan nada adalah empat perspektif yang diutamakan dalam penilaian. Markah ujian yang dikumpul selepas kedua-dua ujian tersebut akan dianalisis dengan kaedah kuantitatif, namun pengukuran markah secara kuantitatif tidak dapat memberikan satu gambaran yang meyeluruh dan mendalam justeru kajian ini dilanjutkan dengan kaedah kualitatif. Pengkaji meletakkan diri sebagai pemerhati dalam kedua-dua ujian tersebut agar dapat memperoleh data-data yang menyeluruh dari segi tahap penyuaraan dan penguasaan bahasa Mandarin pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ujian simulasi lebih berkesan daripada ujian lisan, dapatan kajian menunjukkan komponen penilaian ujian simulasi menyediakan pendekatan yang sesuai untuk pelajar mencapai kemahiran komunikatif bahasa Mandarin yang lebih baik. Kesimpulannya, cadangan dicadangkan untuk penambah baikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai kursus bahasa ketiga.
Zitieren
APA
NGIEN, M. M. (2021). Keberkesanan dan Praktikal Ujian Simulasi dan Ujian Lisan dalam Penilaian Kursus Bahasa Mandarin Effectiveness and Practicality of Simulation Tests and Oral Tests in the Assessment of Mandarin Language Courses. Journal of Chinese Literature and Culture, 9(1), 31-49. https://doi.org/10.22452/jclc.vol9no1.2
Vancouver
NGIEN MM. Keberkesanan dan Praktikal Ujian Simulasi dan Ujian Lisan dalam Penilaian Kursus Bahasa Mandarin Effectiveness and Practicality of Simulation Tests and Oral Tests in the Assessment of Mandarin Language Courses. Journal of Chinese Literature and Culture. 2021;9(1):31-49. doi:10.22452/jclc.vol9no1.2
BibTeX
@article{NGIEN2021,
author = {NGIEN, Ming Ming},
title = {Keberkesanan dan Praktikal Ujian Simulasi dan Ujian Lisan dalam Penilaian Kursus Bahasa Mandarin Effectiveness and Practicality of Simulation Tests and Oral Tests in the Assessment of Mandarin Language Courses},
journal = {Journal of Chinese Literature and Culture},
year = {2021},
volume = {9},
number = {1},
pages = {31--49},
doi = {10.22452/jclc.vol9no1.2}
}
EUVIMED