EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Kehadiran Remaja ke Masjid di Perak: Faktor dan Cadangan Kerangka Program

Muhammad Imran Ibrahim, Mohd Nizam Sahad, Nazmi Qayyum Hamdan

Kajian Malaysia · 30.10.2026 · 44 (2) · 297-319

DOI: 10.21315/km2026.44.2.13 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Kajian Malaysia, online erschienen am 30.10.2026. Verfasst von Muhammad Imran Ibrahim und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Masjid ialah tempat umat Islam beribadat tetapi peranannya bukanlah terbatas pada ibadat sahaja. Berdasarkan beberapa kajian di beberapa tempat, bilangan orang Islam yang hadir ke masjid adalah sedikit berbanding dengan jumlah masyarakat di sekitarnya. Hal ini membimbangkan terutamanya bagi para remaja yang merupakan pelapis bagi generasi umat Islam akan datang. Terdapat beberapa kajian berkenaan dengan faktor remaja ke masjid yang mengambil kira perspektif jawatankuasa masjid dan juga orang awam. Namun begitu, belum ada lagi kajian yang dibuat tentang sudut pandang Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD). Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor kehadiran serta ketidakhadiran remaja ke masjid menurut perspektif PPMD di negeri Perak. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian fenomenologi hermeneutikal iaitu dengan menemu bual seramai 17 informan PPMD seluruh negeri Perak. Hasil analisis tematik mendapati terdapat sembilan faktor yang menyebabkan remaja hadir ke masjid, dengan pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya dikenal pasti sebagai faktor yang paling signifikan. Selain itu, terdapat tujuh faktor yang menyebabkan remaja tidak hadir ke masjid, dan faktor yang paling dominan ialah sikap sebahagian ahli masjid yang kurang mesra. Berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi minat remaja terhadap aktiviti masjid, satu kerangka program telah dibangunkan. Kerangka tersebut terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu penganjuran pertandingan, penyampaian ceramah selepas solat Maghrib, dan penyampaian hadiah kepada para peserta.

Zitieren

APA

Ibrahim, M. I., Sahad, M. N., & Hamdan, N. Q. (2026). Kehadiran Remaja ke Masjid di Perak: Faktor dan Cadangan Kerangka Program. Kajian Malaysia, 44(2), 297-319. https://doi.org/10.21315/km2026.44.2.13

Vancouver

Ibrahim MI, Sahad MN, Hamdan NQ. Kehadiran Remaja ke Masjid di Perak: Faktor dan Cadangan Kerangka Program. Kajian Malaysia. 2026;44(2):297-319. doi:10.21315/km2026.44.2.13

BibTeX
@article{Ibrahim2026,
  author = {Ibrahim, Muhammad Imran and Sahad, Mohd Nizam and Hamdan, Nazmi Qayyum},
  title = {Kehadiran Remaja ke Masjid di Perak: Faktor dan Cadangan Kerangka Program},
  journal = {Kajian Malaysia},
  year = {2026},
  volume = {44},
  number = {2},
  pages = {297--319},
  doi = {10.21315/km2026.44.2.13}
}
Kostenlos starten →