EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Kajian Arkeologi Terhadap Sejarah Terjemahan Sastera Mahua Moden ke dalam Bahasa Melayu, 1919–2023

Boh Phaik Ean, Goh Sang Seong

Kajian Malaysia · 30.10.2026 · 44 (2) · 261-295

DOI: 10.21315/km2026.44.2.12 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Kajian Malaysia, online erschienen am 30.10.2026. Verfasst von Boh Phaik Ean und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Arkeologi terjemahan melibatkan kerja-kerja penyelidikan bagi menjawab semua atau sebahagian soalan 5W1H dan merupakan asas bagi kajian lain yang berkaitan dengan sejarah terjemahan. Makalah ini melaporkan kajian arkeologi terhadap sejarah terjemahan karya sastera Mahua moden dalam bahasa Melayu di Malaysia, dari tahun 1919 sehingga 2023. Karya sastera Mahua moden merupakan sastera bertunjangkan ciri-ciri kemalaysiaan yang dikarang menggunakan bahasa Cina vernakular oleh penulis Cina tempatan di Malaya, Singapura (sebelum pemisahan dari Malaysia pada tahun 1965) dan kepulauan-kepulauan Borneo. Kajian ini dijalankan dari lensa sejarah dan arkeologi terjemahan dengan menjadikan lapan objek kajian yang diutarakan, iaitu “siapa, apa, di mana, apa jenis sokongan, mengapa, bagaimana, bila, dan apa kesannya” sebagai asas untuk tujuan pengumpulan dan penganalisisan data. Untuk tujuan pengumpulan data, strategi penyelidikan tiga peringkat dan teknik rujukan peritek dimanfaatkan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti penterjemahan dan penerbitan terjemahan karya sastera Mahua moden ke dalam bahasa Melayu bermula seawal Disember 1960. Antara tahun 1919 sehingga 2023, sejumlah 654 buah terjemahan karya sastera Mahua moden yang merangkumi genre puisi, cerpen, drama dan prosa berjaya diterbitkan melalui tiga media cetak, iaitu majalah, akhbar dan antologi. Kegiatan ini dikenal pasti melibatkan usaha daripada sekurang-kurangnya 56 orang penterjemah dan 17 buah penerbit yang terdiri daripada penerbit agensi kerajaan/institusi pengajian tinggi awam (IPTA), penerbit swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan penerbit individu. Jenis sokongan yang diterima termasuklah pemerolehan dana penerbitan, penganugerahan dan pengiktirafan. Terjemahan yang dihasilkan memberikan tumpuan utama kepada pengekalan kandungan teks sumber. Tujuan penterjemahan dan penerbitan terjemahan karya sastera Mahua moden dalam bahasa Melayu adalah untuk membolehkan kaum-kaum lain menghayati sastera Cina tempatan. Sehubungan dengan itu, terjemahan karya sastera Mahua moden berfungsi sebagai alat perpaduan bagi meningkatkan integrasi nasional.

Zitieren

APA

Ean, B. P., & Seong, G. S. (2026). Kajian Arkeologi Terhadap Sejarah Terjemahan Sastera Mahua Moden ke dalam Bahasa Melayu, 1919–2023. Kajian Malaysia, 44(2), 261-295. https://doi.org/10.21315/km2026.44.2.12

Vancouver

Ean BP, Seong GS. Kajian Arkeologi Terhadap Sejarah Terjemahan Sastera Mahua Moden ke dalam Bahasa Melayu, 1919–2023. Kajian Malaysia. 2026;44(2):261-295. doi:10.21315/km2026.44.2.12

BibTeX
@article{Ean2026,
  author = {Ean, Boh Phaik and Seong, Goh Sang},
  title = {Kajian Arkeologi Terhadap Sejarah Terjemahan Sastera Mahua Moden ke dalam Bahasa Melayu, 1919–2023},
  journal = {Kajian Malaysia},
  year = {2026},
  volume = {44},
  number = {2},
  pages = {261--295},
  doi = {10.21315/km2026.44.2.12}
}
Kostenlos starten →