Penglibatan Sarawak Border Scouts dalam Memelihara Keselamatan di Sepanjang Sempadan Sarawak
Kajian Malaysia · 30.10.2026 · 44 (2) · 237-259
DOI: 10.21315/km2026.44.2.11 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Kajian Malaysia, online erschienen am 30.10.2026. Verfasst von Ho Hui Ling. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Sarawak Border Scouts merupakan satu pasukan keselamatan khas yang ditubuhkan di sempadan Sarawak pada tahun 1963 dan berkhidmat sebagai “mata dan telinga” kepada pasukan keselamatan dalam menentang gerila Indonesia yang menyusup masuk ke Sarawak dari Kalimantan dan juga pengganas komunis di kawasan sempadan. Angkatan separa tentera ini dianggotai oleh pelbagai kumpulan penduduk peribumi seperti Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah dan Kelabit yang mempunyai pengalaman yang banyak tentang kawasan hutan di sekitar mereka dalam membantu kerajaan memerangi ancaman keselamatan negara. Walaupun memberi sumbangan besar dalam menjaga keselamatan Sarawak, namun kewujudan dan kepentingan Sarawak Border Scouts masih tidak begitu diketahui umum. Justeru, penulisan artikel ini bertujuan mendedahkan sejarah pembentukan Sarawak Border Scouts dan penglibatan mereka dalam perjuangan menentang gerila komunis di sempadan antara Sarawak dan Kalimantan, Indonesia. Kajian ini telah disempurnakan berdasarkan kaedah kepustakaan dan arkib dengan menggunakan sumber primer seperti dokumen kerajaan dan akhbar serta sumber sekunder termasuk buku dan artikel untuk mengukuhkan analisis perbincangan. Dapatan kajian ini menunjukkan Sarawak Border Scouts ditubuhkan sebagai satu unit khas dengan tugas khusus untuk menjaga keamanan dan keselamatan di kawasan sempadan Sarawak. Pasukan ini telah menyumbangkan jasa mereka tanpa gentar untuk menentang anasir-anasir subversif yang mengancam keselamatan negeri Sarawak sepanjang kewujudannya.
Zitieren
APA
Ling, H. H. (2026). Penglibatan Sarawak Border Scouts dalam Memelihara Keselamatan di Sepanjang Sempadan Sarawak. Kajian Malaysia, 44(2), 237-259. https://doi.org/10.21315/km2026.44.2.11
Vancouver
Ling HH. Penglibatan Sarawak Border Scouts dalam Memelihara Keselamatan di Sepanjang Sempadan Sarawak. Kajian Malaysia. 2026;44(2):237-259. doi:10.21315/km2026.44.2.11
BibTeX
@article{Ling2026,
author = {Ling, Ho Hui},
title = {Penglibatan Sarawak Border Scouts dalam Memelihara Keselamatan di Sepanjang Sempadan Sarawak},
journal = {Kajian Malaysia},
year = {2026},
volume = {44},
number = {2},
pages = {237--259},
doi = {10.21315/km2026.44.2.11}
}
EUVIMED