EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Jaringan Sosial dan Kelestarian Perniagaan Komuniti Usahawan Melayu di Terengganu

Mohd Hadri Mohd Rifin

Kajian Malaysia · 30.04.2026 · 44 (1) · 161-186

DOI: 10.21315/km2026.44.1.8 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Kajian Malaysia, online erschienen am 30.04.2026. Verfasst von Mohd Hadri Mohd Rifin. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Aktor jaringan sosial berperanan penting untuk mempengaruhi kelestarian perniagaan. Aktor jaringan sosial seperti agensi kerajaan telah menyediakan pelbagai program dan bantuan bagi tujuan meningkatkan prestasi perniagaan. Walau bagaimanapun, tidak semua usahawan Melayu memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan sokongan perniagaan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti aktor jaringan sosial, jenis-jenis hubungan jaringan sosial yang digunakan dan implikasi jaringan sosial terhadap kelestarian perniagaan. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual mendalam ke atas 20 orang informan di negeri Terengganu, tinjauan literatur dan dokumentasi yang dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian mendapati dua aktor jaringan sosial usahawan Melayu yang terlibat iaitu aktor jaringan primer dan aktor jaringan sekunder. Kedua-dua aktor jaringan ini dikategorikan mengikut dua jenis hubungan jaringan sosial iaitu hubungan pertalian kuat dan hubungan pertalian lemah. Hubungan pertalian ini dibezakan mengikut tahap kekuatan pertalian antara usahawan Melayu dengan aktor dalam struktur jaringan sosial. Pembentukan struktur jaringan sosial usahawan Melayu melibatkan proses sosial yang kompleks seperti tempoh masa tertentu dan tindakan yang rasional. Jaringan sosial memberikan implikasi terhadap prestasi, produktiviti, perkembangan, daya saing dan kelestarian perniagaan. Implikasi kajian menunjukkan usahawan kecil dan sederhana Melayu perlu membina jaringan sosial yang menggunakan struktur sosial melalui kekuatan sosial dalam peringkat makro termasuk institusi sosial.

Zitieren

APA

Rifin, M. H. M. (2026). Jaringan Sosial dan Kelestarian Perniagaan Komuniti Usahawan Melayu di Terengganu. Kajian Malaysia, 44(1), 161-186. https://doi.org/10.21315/km2026.44.1.8

Vancouver

Rifin MHM. Jaringan Sosial dan Kelestarian Perniagaan Komuniti Usahawan Melayu di Terengganu. Kajian Malaysia. 2026;44(1):161-186. doi:10.21315/km2026.44.1.8

BibTeX
@article{Rifin2026,
  author = {Rifin, Mohd Hadri Mohd},
  title = {Jaringan Sosial dan Kelestarian Perniagaan Komuniti Usahawan Melayu di Terengganu},
  journal = {Kajian Malaysia},
  year = {2026},
  volume = {44},
  number = {1},
  pages = {161--186},
  doi = {10.21315/km2026.44.1.8}
}
Kostenlos starten →